Dari Tawau, kereta terus meluru arah ke Semporna. Encik Suami bawa kami jalan-jalan ke Pakalangan Bay. Tempat ini kami pernah kunjungi lebih kurang setahun yang lalu di sini: PAKALANGAN BAY - PANTAI WARNA-WARNI DI SEMPORNA.
Merehatkan diri di dalam buaian sambil menghirup bayu laut di waktu pagi. |
Seperti biasa kalau datang awal ke sesuatu tempat sudah tentulah tidak bersesak dengan pengunjung yang lain. Cuma, waktu itu air laut belum pasang jadi tidaklah dapat mendengar bunyi ombak menderi menghempas ke pantai. Jika kedatangan dirancang, sudah tentu boleh buat persediaan misalnya membawa bahan makanan untuk BBQ di tepi pantai.
Ada beberapa penambahbaikan di tempat ini. Misalnya sudah ada papan tanda atau peta sebagai panduan, surau dan tambahan sebuah lagi cafe. Suasananya masih juga berwarna-warni seperti dahulu.
Warna-warni keriangan di tepi pantai!
Kita hanya ambil gambar dari pinggiran saja.
Tak sanggup berpanas sebab tak bawa topi dan tidak bawa sunburn cream. Lagi satu tak mahu kulit muka terbakar oleh pancaran matahari laut. Maklum sahajalah lapisan ozon semakin tipis dari semasa ke semasa. Kulit pun tak mampu menahan pancaran sinar ultra violet. Apabila usia sudah sangat matang, memang lambatlah kesan terbakar di wajah akan hilang.
Di sini warna-warni, di sana biru air laut dan hijau bukit-bukau.
Banyak lagi pulau yang belum kita jejaki.
Boleh singgah di kafe ini untuk minum sambil menikmati kudap-kudapan.
Di sebelah kafe ada tiga buah akuarium berisi ikan dan ketam yang masih hidup. Mungkin boleh pilih sendiri untuk tempahan masak di kafe.
Tandas pun warna-warni juga.
Di sebelah kanan melalui pintu masuk terdapat surau dan sebuah kafe lagi.
Dulu rama-rama ini tidak ada di sini. Firdaus ambil kesempatan bergambar di sini.
Menjelang petang tempat ini akan dipenuhi pengunjung.
Kepada pengunjung yang berminat untuk aktiviti kayak boleh menyewa peralatan di sini.
Sewa kayak RM15untuk 30 minit. RM10 untuk 18 minit. |
Jom masuk ke bahagian dalam pula.
Tempat duduk nampak kemas dan bersih.
Disediakan sekali tempat BBQ.
Anak-anak kecil tentu seronok berkelah di sini.
Firdaus ingin berlama-lama di sini. Kalau boleh dia nak tidur dalam buaian, menikmati tiupan angin laut yang segar dan nyaman.
Video Firdaus dalam buaian.