Setiap kali menuju ke pekan Semporna, pasti akan terpandang bangunan hotel yang unik ini. Letaknya di sebelah kiri jalan arah ke pekan. Uniknya disebabkan ada tumbuhan hijau menjalar terjuntai menutupi sebahagian bangunan.
Entah bagaimana, sampai pula jodoh kami untuk bermalam di sini pada hari Isnin lepas. Satu daripada daya tarikannya, sudah tentulah ada tempat letak kereta di kawasan tersebut. Kita terbaca ulasan yang kurang baik, tetapi kita buat-buat tak nampak. Antara ulasan pengunjung termasuklah:
- Breakfast choice is too limited.
- Breakfast was minimal, could be improved to increase selection.
- Breakfast should be buffet.
Kebanyakan ulasan tentang sarapan menyampaikan maksud yang sama seperti di atas. Kita bayangkan sekurang-kurangnya keadaan sarapannya 1/2 daripada apa yang dihidangkan di Borneo Royale Hotel. Dua-dua hotel memang berbintang, dan beza harganya hanya lebih RM5.57 sen sahaja di Borneo Royale Hotel.
Jom kita daftar masuk ke Green World Hotel yang terletak di KM 1, Jalan Bubul, Taman Bandar Semporna, Semporna, Malaysia, 91307.
Sumber : Google |
Selamat datang pengunjung cilik!
Suasana dalan bilik 305. Bersih dan kemas.
Firdaus terus merebahkan dirinya di atas tilam.
Kuat betul Firdaus tidur sejak suntikan vaksin dua hari sebelumnya.
Syukurlah sehingga ke hari ini tidak ada keluhan demam atau sebarang alahan.
Sebentar lagi akan berbunyilah air mendidik dari cerek.
Bolehlah hirup secawan kopi atau secawan teh sebelum meronda pekan Semporna sebentar lagi.
Toiletnya pun kemas dan bersih.
Terfikir-fikir juga, hendak mandi sekarang atau mandi selepas jalan-jalan?
Baiklah mandi selepas balik dari jalan-jalan kan?
Melihat Firdaus masih lena tidur, kita pun ikut sama lelapkan mata.
Rasanya seperti duduk dalam bilik di rumah sendiri sebab apabila toleh arah langsir terpandang pokok-pokok hijau nan rendang.
Keesokan paginya, Encik Suami mahu segera daftar keluar. Katanya, ada kerja sedang menunggu di Lahad Datu. Baiklah. Mari kita turun bersarapan.
Selamat pagi Firdaus.
Nampaknya Firdaus kenalah belajar berdikari, duduk sendiri ketika bersarapan pagi.
Ada dua pilihan minuman panas iaitu kopi dan teh serta air mineral.
Makanan dihidangkan terus kepada pengunjung.
Inilah menu yang dihidangkan kepada setiap pengunjung sebagai sarapan pagi : sebatang popia, dua ketul nugget ayam, kuetiaw kering goreng dan sambal tumis. Sedap juga hidangannya. Habis licin kami makan. Firdaus hanya makan nugget ayam dan separuh popia sahaja.
Selesai bersarapan, kami terus daftar keluar hotel.