Awal pagi tadi Encik Suami tanya nak sarapan apa. Nanti Encik Suami pergi beli. Kita kata tak mahu dah makan sarapan yang sama dibeli setiap hari. Kita kata, nak masak sarapan di dapur. Tapi kita terlelap semula sebab sebelah malamnya kita lewat tidur siapkan kerja peribadi. Akhirnya kita ikut Encik Suami dan Firdaus sarapan di luar.
Sebelum itu, kita kongsikan dahulu Firdaus di tamannya, Taman Firdaus yang sekangkang kera di penjuru rumah kami.
Nampaknya pokok mata kucing brazil di sudut Tama Firdaus sudah mengeluarkan buah. Walaupun nampak sedkit, tetapi kali ini jumlah lebih banyak berbanding musim sebelumnya.
Kadang-kadang tak perasan ada buah di bawah rimbunan daun.
Dua tingga minggu lagi bolehlah tuai buahnya yang besar dan manis itu.
Pokok akar dani pun sudah mengeluarkan bunganya kembali. Tak lama lagi lebat merimbunlah bunganya yang warna merah jambu menutupi daunnya.
Pokok kaduk pun sudah muncul di celah batu di bawah pokok epal bidara. Tangan Encik Suami yang sejuk, campak benih walau di celah batu, tetap tumbuh! Tak macam tangan kita, bubuh baja subur pun, apa yang ditanam akan mati juga!
Dicelah-celah batu ini juga Encik Suami tanam pokok bunga telang. Berbunga pulalah si telang di bawah pokok di Taman Firdaus.