Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4771

Sembang Petang Isnin

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Isnin, rasanya seperti tidak cukup kaki dan tangan untuk melaksanakan kerja yang diberi. Ramai yang sakit, batuk dan selsema. Jadi, terpaksalah ambil alih tugas rakan yang tidak hadir. Moga mereka cepat sembuh.  Namun begitu, masih ada ruang untuk mencipta kenangan tersendiri sesama kami. 

Entah mengapa, awal pagi tadi terbayang petai di Kundasang. Apabila tanya harga: RM40.00 sekilogram! Bukan tak boeh bayar, tapi tak sampai hati dengar harganya yang mencecah langit ke tujuh! 

Petai di Kundasang : RM40.00 sekilogram.

Roti Gardenia

Pagi tadi,kalut juga bersiap untuk ke tempat kerja. Sempat sambar sebungkus roti GardeniaChoco Raisin. Letak atas meja. Ambil sekeping, kunyah perlahan-lahan dan kemudian tolak dengan air kosong. Masuk kelas.

Nasi Lemak Ayam Goreng.

Tamat kelas, sampai di meja nampak sebungkus nasi lemak. Terima Kasih Nano dan Jane, belanja semua orang makan nasi lemak. Katanya, belanja kami semua sebagai penghargaan dan terima kasih melibatkan diri dalam program Karnival STEM pada hari Sabtu dua minggu lepas.
Birthday Cake.


Waktu rehat ambil masa beberapa minit untuk sambut ulang tahun Jusna! Sedap keknya, luar keladi, dalam red velvet!
  

Gembira untuk beberapa detik! Kerja sedang menanti. Tak boleh tunjuk gembira sangat, nanti lupa dunia pula...ahaks!



Sampai ke rumah, kata Encik Suami jiran sebelah hulurkan bungkusan. Tak sempat tanya bila sampainya. Pagi tadikah atau minggu lepas sewaktu kami jalan-jalan ke Kota Kinabalu. Apabila dibuka, rupanya naskhah Antologi Puisi Di Bawah Percikan Arunika. Ada empat buat puisi kita terselit dalam antologi tersebut.

Tiba-tiba teringat, pagi tadi Nava serahkan bungkusan. Kita terus simpan dan waktu pulang, kita angkut masuk kereta. Sampai rumah, kita lupa hendak keluarkan isinya.

Sebentar tadi kita bawa buka bungkusan tadi. Rupa-rupanya petai!
Terima kasih Nava!

Petai pemberian Nava.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4771


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>