Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4769

Cerita Hari Ini

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari ini, dimulakan dengan langkah keluar dari rumah. Malas hendak pandu kereta sendiri, jadi minta tumpang Encik Suami. Hanya sempat rebus telur dua biji. Encik Suami belikan sarapan pagi, nasi putih dengan sambal ikan. Sebenarnya hendak beli nasi kuning tapi entah kenapa 'tertukar' nasi putih pula! Barangkali gara-gara terlalu banyak perkara yang difikirkan.

Nasi Putih & Dua Biji Telur Rebus


Telur rebus yang dibawa dibahagiadua dengan Kam. Kita makan sebiji, Kam makan sebiji. Seawal pukul 6:20 pagi kami bersarapan di kantin. Kelas kita hari ini bermula pukul 6:45 pagi. Waktu rehat, perut masih berasa kenyang sebab sarapan berat. 

Pada pukul 12 sehingga 2 petang, ibu bapa dijemput hadir untuk program penyerahan laporan prestasi murid di sekolah Firdaus. Encik Suami hantar gambar laporan prestasi Firdaus melalui aplikasi WhatsAap. Ketika itu kita sedang bermesyuarat.


Tulisan sangat kecil, tak dapat baca dengan jelas.  Alhamdulillah, Firdaus dapat keputusan yang baik untuk kesemua 9 mata pelajaran. Setakat ini Firdaus mendapat Tahap Penguasaan Minimum (TP3 untuk subjek Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik. Manakala Tahap Penguasaan 4 untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Bahasa Arab.

Antara komen yang diberikan:
  • Murid ini sangat aktif dalam PdPc.
  • Veri good. Have interest's and shows your effort in learning English. Doing the work's given  well and able to listen, speak, read and write.
  • Murid ini memahmi dan melakukan tugas sains dengan baik serta memberi respon yang sangat tinggi.
  • Firdaus menunjukkan minat dalam Pendidikan Islam.
  • Firdaus selalu menunjukkan minat untuk belajar.

Ketika mesyuarat, perut sangat lapar kerana tak sempat makan sebelum mesyuarat. Tamat sahaja kelas, terus masuk bilik mesyuarat! Ketika dalam perjalanan pulang, minta Encik Suami melencong ke restoran Rumpun Selera. Banyak makanan dan lauk-pauk yang sudah habis. Kita ambil nasi beriani. Nampak tinggal seketul ikan masak sambal. Kita taruh dalam pinggan nasi. Acar pun sudah habis. Kita gantikan dengan terung goreng dan kacang bendi celur. Tuang sedikit air asam.


Nasi Beriani Sambal Ikan


Alhamdulillah. Sedap juga makan nasi beriani dengan saki baki lauk yang ada.


Tidak ketinggalan keropok papadom untuk diratah-ratah.


Tambah tiga ketul bergedel kentang.

Bihun Goreng Campur

Encik Suami makan bihun goreng saja.



Selepas makan, singgah pasar di Seri Perdana. Tidaklah jauh dar restoran, dan tak sampai 200 meter pun kalau berjalan kaki. Ternampak petai mata besar di pintu masuk pasar. Entah di mana tuan punya petai. Jadi tak tahu berapa RM sekilogram. Kami beli ayam segar dan sebiji buah kundur.


Tiba di rumah, azan asar mula berkumandang. Kita renih sup ayam dengan kundur, lobak merah dan kurma merah. Seperti kelmarin, selepas 10 minit mendidih, kita kecilkan api dan renih sup selama  satu jam. Kita mandi dan solat asar. Rancangannya, hendak siapkan tugas online, memasukkan markah ke dalam sistem SAPS tetapi apabila buka laptop, terlelap pula!
Kita terjaga apabila terhidu aroma sup ayam campur labu kundur dari dapur!

Terbayang betapa nikmatnya hirup kuah sup panas yang wangi!
Alhamdulillah.

Sup Ayam + Buah Kundur + Lobak Merah + Kurma Merah


Selamat malam rakan-rakan yang sudi berkunjung ke dapur maya Amie. Esok 16 September 2022 cuti umum sempena Hari Malaysia. Namun, hati kita dan hati kawan-kawan yang lain terus mendongkol kerana kami wajib datang ke sekolah. Apalah etinya cuti! Esok sepatutnya kita ada janji temu dengan doktor gigi, tetapi gara-gara patuh arahan terpaksalah batalkan appointment tersebut. Tulang gusi kita yang dipotong sewaktu pembedahan kecil tempohari perlu dibetulkan semula.

Entahlah!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4769

Trending Articles