Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Firdaus masih bersama Fairuz dan mereka yang lain di De Borneo Water Park. Kami meronda-ronda sekitar Kota Kinabalu dalam hujan lebat. Kami singgah di Suria Sabah Mall, membeli kasut dan sebagainya. Perut rasa lapar pula. Kami menuju ke Tanjung Aru, mencari Restoran Arab, Mashawi.

Ketika itu keadaan lengang, dan tidak banyak pelanggan. Barangkali disebabkan hujan lebat. Di kesempatan ini kami penuhi masa di sini dengan minum Teh Arab dan santai-santai mengunyah falafel cecah sos tahini.
![]() |
Suasana terang benderang di dalam restoran tetapi di luar restoran gelap kerana hujan! |
![]() |
Teh Arab |
Kami memesan Teh Arab, rasa pudina. Dalam suasana dingin, rasanya tak cukup secawan untuk minum. Kami pesan satu teko. Teh Arab datang dalam teko tinggi.5-6 orang pun boleh minum! Puaslah kami hirup Teh Arab di sini.
![]() |
Falafel & Sos Tahini |
Kami cuba makan kudapan Arab iaitu falafel yang didatangkan dengan sos tahini. Falafel diperbuat daripada kacang kuda.
![]() |
Sos Tahini |
![]() |
Jom makan falafel yang masih panas, cecah sos tahini yang rasa masam berkrim. |
Kalau datang ke Restoran Mashawi memang tak boleh lepaskan peluang makan Turkish Pide Pizza topping beef & lamb.
![]() |
Bismillah. |
Restoran Mashawi diapit oleh dua buah hotel. Sebelah kanannya ilaha Aru Suites. Teringat kenangan bulan Jun lepas menginap di sini, dan tercangak-cangak melihat kereta kami mencari parking sendiri! Baca di sini:
![]() |
Restoran Mashawi dilihat dari luar. |
![]() |
Hotel C'haya |
Di sebelah kiri Restoran Mashawi ialah Hotel C'haya. Sebelum ini Encik Suami bercadang untuk menginap di sini, tetapi rancangan diubah hala ke Gardens Condominium pula.