Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

BBQ Serta Kejutan Untuk Ayen & Hasna

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat 09 September 2022. Sebelum kami pulang ke LD, kakak ipar maklumkan Abang Aznan akan membuat BBQ di rumahnya pada hari Jumaat malam Sabtu. Berkali-kali juga Encik Suami ingatkan kita supaya datang sama sebab kita asyik nak tidur saja! Selepas solat isya' kami ke rumah Abang Aznan.

Sayap Ayam Panggang

Assalamualaikum!


Kerja bakar-membakar dan panggang-memanggang dibuat di belakang rumah bersebelahan dengan dapur terbuka.


Kerja memerap disempurnakan oleh Rini.


Selain panggang sayap ayam, ada sosej dan juga kambing.

Kambing panggang.


Rupanya malam itu Abang Aznan membuat kejutan untuk Ayen! Ayen @ Angah merupakan anak buah Encik Suami yang iukut serta dari LD ke KK.


Abang Aznan suruh Baby, anak bongsi Ayen bawa kek ke dapur luar tempat Ayen sedang memanggang sosej.



Kebetulan pula pada hari tersebut juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan Ayen & Hasna yang ke-17.




Memang terkejutlah Ayen yang sedang kepanasan membakar sosej  apabila tiba-tiba muncul anak-anak kecil menyanyi lagu 'Happy Birthday to you!' sambil membawa kek!

Ayen @ Angah bersama Hasna, isterinya, dua orang anak lelaki kembar Adam & Rayyan serta Baby sewaktu makan-makan di Kokol Haven Resort.

Masih terasa-rasa keenakan sayap ayam dan kambing panggang malam itu!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>