Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Makan Roti Nan dengan Daging Cincang di Restoran Nasim Khan Makanan Pakistan

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim. 
Sepatutnya hari ini balik waktu petang dari tempat kerja kerana ada lawatan orang-orang dari KPM, JPN dan PPD. Memang tak senang duduklah beberapa hari lepas sebab kita menjadi guru mentor sejak Mac lepas dan perlu membimbing guru baharu (mentee). Pementorannya pula lain macam! 360' bezanya dari zaman kita mula-mula jadi warga 'sekolah'.   Segala laporan secara online dan fail mesti lengkap dengan pelbagai isi! Tiba-tiba pukul 10:40, kita dipanggil sewaktu berada di kelas. Katanya rombongan pemantau akan sampai pada pukul 11 pagi!

Semua guru mentor dan guru mentee tepuk dahi! Ada guru mentor dan guru mentee mengajar sidang petang! Tak ke kalut dibuatnya dengan pelbagai kemungkinan dalam perjalanan! Sepatutnya pementoran pukul 2 hingga 4 petang, dipercepatkan tiga jam awal!

Itulah cerita hari ini yang tak berapa sedap didengar! Dan tak mahulah kita mengenang kembali. Seksa!

Dan kebetulan setelah tamat pemantauan, kita telefon Encik Suami dan katanya urusannya hari ini sudah selesai. Dengan alasan stress kena pantau, kita ajak Encik Suami makan tengahari di sebuah restoran Cina Muslim di bandar. Sayangnya, apabila kami sampai, restoran tutup!

Kami pun patah balik ikut jalan menuju ke rumah. Di pertengahan jalan, kami singgah di kedai makan Pakistan. Kami masuk ke Restoran Nasim Khan Makanan Pakistan.

Roti Nan & Keema Daging (Daging Cincang)


Nampak harga yang dipaparkan sangat berpatutan, lebih murah berbanding harga makanan di kedai lain. Kita pun pesan:

  • Roti Nan + Daging Cincang + Kacang Kuda + Sayur Bendi
  • Nasi Goreng Pakistan
  • Teh Pakistan
  • Lemon Panas
Roti Nan RM2.50.

Roti Nan + Daging Cincang + Kacang Kuda + Sayur Bendi



Teh Pakistan RM3.00

Nasi Goreng Pakstan RM8.00


Walau pun kedai makan Pakistan, tetapi mereka lengkapkan hidangan dengan semangkuk sup kosong! Sewaktu Encik Suami bayar harga makanan di kaunter, pekerja di situ bertanya kepada Encik Suami tentang rasa makanan di situ. Bagus jugalah beramah mesra dengan pelanggan dengan mengajukan pertanyaan begitu.

Oleh kerana daging cincang sedap, roti nan panas-panas, kacang dhal habis licin kita makan, Encik Suami kata nanti boleh datang lagi!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>