Bismillahirrahmanirrahim.
Sementara menanti Encik Suami dengan Firdaus selesai solat Jumaat, baiklah buka Mr. Lappy. Boleh ketik-ketik huruf untuk dijadikan entri. Selesai solat Jumaat, Encik Suami akan hantar kita ke klinik pergigian. Ada janji temu pada pukul dua petang nanti.
Kita cerita hari kelmarin yang sudah berlalu pergi.
Suasana 5:45 pagi di luar pagar rumah. |
Pukul 5:45 pagi, keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Tumpang kereta Encik Suami, sekali dengan Firdaus ke sekolah agama. Kami, burung anak-beranak keluar meninggalkan sarang, mencari rezeki dan menimba ilmu.
Nasi Kuning Sambal Ikan |
Encik Suami belikan kita nasi kuning. Pukul 6:30 pagi, kita sarapan nasi kuning sebab pukul 6:45 pagi bermulanya PdP. Dengarnya, rombongan pegawai dari PPD akan melawat ke sekolah kami pada pukul 11:30 pagi hingga 4:30 petang. Kami, dikehendaki menyertai dialog prestasi bersama mereka. Bersedia untuk membentang apa yang patut terutamanya yang berkaitan dengan SPM. Tunggu punya tunggu, pukul 1:30 petang baru sampai!
Nasi Ayam |
Sebelum PPD sampai, kena isi perut dulu. Takut tak sempat makan. Sudah maklum, menjelang tengah hari kantin sibuk dan biasanya makanan habis! Jadi, telefon Encik Suami, minta belikan makanan. Encik Suami belikan nasi ayam, tapi macam tak kenyang pula! Mungkin sebab stress!
Ada roti, topping chicken floss. Ambil sebiji.
Selesai berdailog prestasi dengan PPD, terus lari ke surau untuk solat asar. Encik Suami sudah sampai untukambil Firdaus balik sekolah. Hujan pula.
Kami berdua berpayung jalan kaki ke kedai Pakistan.
Encik Suami ajak minum teh Pakistan dan makan roti paratha.
Roti Paratah + Daging Cincang + Kacang Kuda. |
Teh Pakistan |
Hujan-hujan memang sedap layan roti paratha cecah daging cincang!
Dalam perjalanan pulang ke rumah, azan maghrib berkumandang pada pukul 5:49petang. Sampai rumah, cepat-cepat mandi dan solat maghrib. Kemudian kami bertiga keluar semula menuju ke kampung. Ada majlis bacaan Yasin dan doa kesyukuran.
Pengat Labu. |
Biras sediakan pelbagai juadah untuk para tamu.
Kuih Sawalla. |
Selain kuih muih, ada buah-buahan.
Antara kuih-muih dan buah-buahan yang sempat digambarkan.
Kuih-muih dan buah-buahan serta jajan lain akan dibahagikan kepada para tetamu untuk dibawa pulang.
Lauk-pauk pun banyak jenis. Ada ayam masak kicap, sambal ikan, ikan tenggiri jeruk dan sebagainya.
Sup Ayam Kurma Merah |
Kita sudah tentu memilih sup kurma merah campur ayam dan labu air. Hirup dua mangkuk. Alhamdulillah. Pukul 10 malam, kami sampai ke rumah. Berakhirnya cerita kelmarin, hari Khamis.
Wokey!
Beberapa minit lagi Encik Suami akan sampai untuk hantar kita ke klinik.
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.