Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Festival Konvokesyen (FESTKON) UTHM 2 - 8 Disember 2022

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam Isnin, 05 Disember 2022 Fuad bawa kami meronda Padang Kawad di Kampus Induk UTHM. Terdapat pelbagai gerai jualan, festival makanan, pameran dan program-program anjuran pelajar UTHM. Kebetulan pula ada Festival Makanan Asli Thailand. Bertambah terujalah kita untuk turut memeriahkan suasana di situ. Festival Konvokesyen (FESTKON'22) ini bermula pada 02 Disember dan berakhir pada 08 Disember 2022.



Terdapat kira-kira 200 gerai yang menjual barang kering dan basah, pameran daripada pelajar dan agensi luar seperti PEMADAM dan Jabatan Penjara Malaysia.

Sebaik kaki melangkah masuk ke kawasan festival, Fuad berjanji dengan Firdaus untuk membawanya ke tempat ular. Sudah tentulah budak kecil itu sangat teruja untuk melihat ular!

Pada mulanya kami berjalan bersama-sama, tetapi apabila sudah masuk ke kawasan gerai makanan, masing-masing mencari arah sendiri menuju ke gerai yang diminati.



Antara yang kami beli termasuklah anak ketam goreng pelbagai perasa.




Pernah terbaca tentang tongmo di blog DANA dan MAMA CELLA, kalau tak silaplah.


Begini rupanya tongmo!

Tongmo : RM12.00

Kita pun belilah, nak rasa apa benda tongmo itu.


Terpandang urat keting! Kita pun belilah sup urat keting!

Sup Urat Keting : RM20.00




Abang Farid beli aiskrim. Kami tinggalkan Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus makan di meja. Tak tahulah yang mereka beli.


Setelah berpusing-pusing, rasa hauslah pula. Singgahlah beli air untuk basahkan tekak. Tiba-tiba teringat, esok pagi Fuad akan menghadiri majlis konvokesyennya. Jadi, kami pun bergerak meninggalkan gerai makanan.
Tiba-tiba Firdaus menangis!
Kenapa sayang menangis?
Mana ular? 
Eh, terkejut kita dengar jawapannya.
Abang Fuad bilang mau tengok ular. Teresak-esak pula budak kecil ini.
Terpaksalah kami patah balik ke tapak FESTKON dan mencari tempat ular yang dimaksudkan Fuad.


Sudah jumpa ular, hilanglah tangisannya. 

Belanja video Firdaus dengan ular!

Selepas itu kami terus meninggalkan kampus induk UTHM dan kembali ke Batu Pahat. Tepat pukul 10:57 malam kami sampai di Room V @ Jalan Megat. Esoj pagi perlu bangun awal, dan perancangan kami selepas solat subuh terus bergerak ke UTHM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>