Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan penuh rasa sukacita, Amie ikut serta memeriahkan segmen giveaway sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-23, sahabat blogger kita MAMA SARA NUR @ CIK NUR.
Dik Nur sayang:
Rumah tangga tidak terus berdiri teguh. Ia perlu dibina bertiangkan kesabaran, berbumbungkan ketabahan, berdindingkan persefahaman dan berlantaikan kasih sayang. 23 tahun adalah tempoh yang cukup matang dalam mengukuhkan sebuah ikatan perkahwinan.
Kak Amie doakan:
Semoga cinta yang ada di dunia ini Allah tetapkan terus berkekalan di antara Nur & Eman hingga ke syurga Firdaus Al-A'la. Amin ya Mujibass Sailin.