Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Iktibar di Atas Kelalaian Sendiri

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 03 Januari 2023.
Hari : Selasa

Kami mengharapkan dapat sampai ke Masjidil Haram sebelum pukul lima petang. Sebaik sahaja kami tiba di Masjidil Haram, dataran Kaabah sudah ditutup dan tawaf tidak dapat dikerjakan. Kami akur, lalu duduk di kawasan berpagar (halangan jemaah umrah untuk masuk ke dataran Kaabah) dan menghabiskan masa menunggu waktu maghrib dengan membaca al-Quran. Selepas solat maghrib, sempat ikut  solat jenazah. Kemudian kami mengerjakan tawaf.

Ada pemandangan yang menyedihkan dilihat ketika berada di dataran Kaabah. Beberapa orang dari negara lain mengerjakan solat di kawasan laluan  tawaf yang sangat sesak. Pengawal di situ telah menegur beberapa kali tetapi tidak dihiraukan. Berlakulah pertengkaran di antara beberapa orang jemaah umrah dengan pengawal sehingga menyebabkan pengawal memukul orang tadi sehingga luka!

Teringat kembali pesanan Ustaz Ali Amin. Apabila melakukan ibadat terutama ibadat sunat di dataran Kaabah, janganlah sampai menyusahkan orang lain seperti berasak-asak, sehingga siku-menyiku dan menyebabkan kesakitan pada orang lain.  Begitu juga dengan perbuatan menghalang tempat laluan jemaah untuk mengerjakan tawaf. Allah tidak menyukai perbuatan tersebut.

Jika dibandingkan suasana tawaf pada kali ini, ia lebih sesak berbanding tawaf pertama kali yang kerjakan pada pukul satu pagi. Ustaz Ali Amin mengarahkan jemaah lelaki membuat 'pagar' dan jemaah perempuan berada di dalam 'pagar'. Maksudnya barisan jemaah lelaki dibahagi dua, satu barisan berada di sebelah kiri, di tengah-tengah jemaah perempuan dan di sebelah kanan pula barisan jemaah lelaki. Tujuannya ialah supaya kami tidak akan terpisah-pisah apabila 'dilanggar' oleh jemaah dari negara lain.

Sepanjang bertawaf, Amie berada di sebelah kiri Encik Suami dan memegang hujung kain ihramnya dan kadang-kadang beralih memegang tali beg sandangnya pula. Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan sembilan tahun, anak jemaah salah seorang rakan kami sepanjang waktu memegang tali beg Encik Suami. Apabila ada jemaah dari negara lain yang tolak dari belakang, kita pastikan anak ini tidak hilang, tertinggal atau terlepas tangan dari tali beg sandang Encik Suami.

Selesai tawaf kami mengerjakan solat sunat dan tidak lama kemudian azan isya' berkumandang. Ketika solat isya' mata terpandang tiga orang wanita yang sedang solat di barisan hadapan, mendahului gerak imam pada rakaat pertama. Imam belum menghabiskan bacaan 'samiallahu liman hamidah' mereka terus sujud. Kemudian salah seorang yang sujud tiba-tiba berdiri semula dan kemudian sujud mengikut makmum yang lain. Sewaktu rakaat kedua, begitulah yang berlaku. Mereka seolah-olah teragak-agak dan akhirnya tetap mendahului imam sewaktu sujud. Kenapalah mata ini terpandang perkara itu! Sedangkan ketika itu sepatutnya khusyuk mengerjakan solat!

Pada masa yang sama teringat waktu kecil, berulang kali baca buku agama bertajuk Budi Luhur. Dalam buku tersebut diterangkan, sekiranya makmum mendahului imam, Allah akan jadikan kepalanya seperti kepala keldai di akhirat kelak. Ada gambar makmum sedang duduk dengan kepala bentuk keldai.

Ketika Amie menulisa entri ini, terjumpalah Hadis Riwayat Bukhari No. 691 dan Muslim No.427 seperti di bawah ini:


أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ – أَوْ: لاَ يَخْشَى أَحَدُكُمْ – إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الإِمَامِ، أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ، أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ

“Tidakkah salah seorang dari kalian takut, atau apakah salah seorang dari kalian tidak takut, jika dia mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah akan menjadikan kepalanya seperti kepala keledai, atau Allah akan menjadikan rupanya seperti bentuk keledai?” (HR. Bukhari No. 691 dan Muslim No. 427).

Sumber : Google

Masuk rakaat kedua itu juga, kita terlupa duduk tahiyat awal, kita terus bangun untuk rakaat ketiga!
Ya Allah!
Astaghfirullahal azim!
Astaghfirullahal azim!
Astaghfirullahal azim!
Lihatlah betapa kejinya sikap, d
alam solat sempat memikirkan kesalahan orang lain! Akhirnya diri sendiri buat perkara yang sama! Dan Allah bayar cash waktu itu juga!  Allah bayar cash!
Astaghfirullahal azim!
Allah!
Dengan rasa malu yang amat sangat cepat-cepat kita duduk tahiyat awa!.
Sungguh rasa malu! Malunya di hadapan Allah! Malunya di rumah Allah!
Sebab dulang, paku serpih. Mengata orang, awak yang lebih!
Entah-entah mereka solat sendiri-sendiri, tidak niat bermakmum!

Selesai solat fardhu isya' dan solat jenazah, kami terus mengerjakan sa'i dan tamat pada pukul sembilan malam. Selesai bertahallul, kami menyusuri tepian masjid mencari lorong ke Makkah Hotel Towers.

Selesai tawaf kedua.


Agak jauh jugalah kami berjalan dari tempat sa'i untuk sampai ke hotel. Dalam kesesakan orang ramai, kami berpegang tangan supaya tidak terpisah. Setelah sampai di perkarangan Masjidil Haram, kami memilih untuk meneruskan perjalanan di kawasan yang agak lapang. Encik Suami berkata:

Nanti beginilah kita,  berpimpin tangan masuk ke syurga.
Kita sahut : In syaa Allah.

Namum begitu, hati kita tidak tenang. Malunya apabila mendengar Encik Suami menyebut perkataan 'syuga'. Ya Allah! Aku tak layak masuk syurgamu, tapi aku juga tidak sanggup dengan seksa api neraka-MU. Sepanjang jalan kita mengenang kembali peristiwa kita terus bangun untuk rakaat ketiga dengan meninggalkan tahiyat awal. Sibuk melihat kesilapan orang, diri sendiri terlebih silap. Allah ya Allah ya Rahman ya Rahim! Ampunkan hamba-Mu yang hina ini. Entah kepala siapa yang akan bertukar menjadi kepala keldai! Astaghfirullahal azim!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>