Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5039

Singgah Sarapan di Warung Tamu Kota Belud

$
0
0

Sewaktu jalan-jalan di Tamu Kota Belud, ternampak warung makan pula. Perut belum diisi. Baiklah singgah cari kopi barang secawan. Agak ramai jugalah pelanggan yang sedang menjamu selera di gerai pilihan.

Setiap meja dilengkapi dengan gelas, minuman kosong, pelbagai perasa tambahan seperti kicap lada dan sebagainya. Nampak kemas dan menarik perhatian pelanggan yang datang.


Firdaus pula buat hal. Tak mahu berganjak dari tempat penjual latok-latok. Lama jugalah dia tunjuk perasaan dengan kami. Dia berbual-bual dengan penjual latok-latok. Setelah agak lama berdiri memandang latok-latok, fahamlah kami Firdaus merajuk! Akhirnya terpaksa belikan juga dengan harga RM10.00. Barulah ada senyumannya!


Agaknya kenyang dapat latok-latok, tak mahu makan pula budak ini! Minum pun tak mahu!

Ada nasis lemak dan pulut inti.

Encik Suami : Bihun Goreng

Amie : Semangkuk soto perut dan segelas kopi Tenom.

Lain macam pula rupa perutnya. Mungkin perut kerbau!
Tapi sedaplah pula.

Selepas makan, hendak cuci tangan pun senang sebab ada sinki di tepi warung.
Amie beritahu empunya gerai tempat kami makan : Kopi sedap. Kopi Tenomkah?
Punyalah suka peniaga tersebut sambil mengiyakan, memang kopi Tenom.



Belanja video tujuh saat Firdaus main latok-latok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5039

Latest Images

Trending Articles



Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>