Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Bunga Betik Tumis Pedas dengan Ikan Masin

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang ini berangan hendak masuk dapur yang akhir-akhir ini jarang berasap. Tiba-tiba anak buah Encik Suami telefon dari kampung. Daat jemputan  ke majlis sambutan ulang tahun cucu buah. Tak jadilah masak!

Kita cerita Bunga Betik Tumis Pedas dengan Ikan Masin. Ini cerita kelmarin. Encik Suami hendak makan nasi lauk bunga betik. Sebenarnya bunga petik yang pahit ini pun sudah harga kayangan, sama taraf dengan sayur lain. Bunga betik ini pemberian kawan Encik Suami. Oleh kerana banyak, jadi Encik Suami masukkan ke dalam peti sejuk bahagian beku. Bolehlah dimasak beberapa kali.

Bunga Betik Tumis Pedas dengan Ikan Masin

Bahan-bahan:
  • 3 cawan bunga betik
  • 1 ekor ikan masin - bersihkan dan potong ikut saiz yang digemari
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 4 sudu besar minyak
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 20 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan hiris bersama ikan masin hingga terbit aroma.
  3. Masukkan bunga betik. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Biarkan seketika.
  6. Kacau beberapa kali.
  7. Padamkan api dapur.
Sup Labu Siam

Kita pula hendak hirup kuah sup. Jadi kita didihkan labu siam bersama cendawan shiitake, white fungus dan kurma merah. Bubuh bawang besar dan bawang putih. Setelah semua bahan menjadi lembut, kita masukkan tomato kampung, dan bubuh perasa. Kacau beberapa kali, dan terus padamkan api dapur. Lama tak hirup sup. Aduhai... berpeluh-peluh jadinya!

Ikan Ayam Laut

Minta ihsan Encik Suami untuk bersihkan ikan ayam laut. Malas hendak siang sisiknya. Oleh kerana isinya sangat lembut, kita lumur sedikit tepung jagung sebelum menggorengnya.

Sekian, cerita dari dapur.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>