Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Kupi-Kupi Dulu di Hometown Hainan Coffee KLIA2

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika MYAirLine mendarat di landasan, berat sangatlah hendak buka mata dan meninggalkan tempat tidur! Setelah mengambil beg, rasanya hendak terus lepak di surau dan sambung tiidur. Tapi kawan-kawan hendak mengopi dulu. Food Archade sudah tutup. Jadi kami menuju ke Hometown Hainan Coffee saja. 

Sebaik sahaja duduk di kerusi, waktu tepat menunjukkan angka 12:00 tengah malam. Eh, seperti hendak mengulang kenangan bersama keluarga pada Disember 2022 di sini: MAKAN LEWAT MALAM DI HOMETOWN HAINAN COFFEE KLIA2


Kami terpisah dua meja. Sue, Gee dan Hajah di meja sebelah dalam, dan Amie, Nano, Kam dan Jusna di meja yang terletak arah ke luar sedikit. 
Apabila sudah lewat malam, lapar pula perut!
Hendak minum kopi?
Aduhai, rasanya tak sanggup berjaga hingga ke pagi. Mesti hendak rehatkan diri juga. 
Ada dua orang lagi rakan kembara kami yang kami tunggu iaitu Kemi dan Liza. Mereka berdua dari Melaka dan dijangka tiba di KLIA2 pada pukul empat pagi. 

Marilah lihat-lihat menu yang kebanyakannya begitu menggoda untuk dijadikan alas perut yang lapar di tengah malam! Terasa pula seperti hendak bersahur.






Setelah membelek-belek menu, akhirnya kami memilih makanan berikut:

Nano: Hainan Chicken Rice (Poached Chicken)

Kam: Hainan Chicken  Rice (Poached Chicken)

Jusna: Hainan Mee

Amie: Fried Koay Teow

Amie: Watermelon Juice



Antara menu dalam gambar dengan menu sebenar yang dihidangkan tidaklah nampak sangat bezanya kan. Walaupun harga sedikit kayangan tetapi puas hati. Tiba-tiba perasan, siapa yang mengopi di antara kami? Tiada yang mengopi pulak!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>