Bismillahirrahmanirrahim.
Melihat kawan-kawan memilih Kerupuk Keriting Palembang, kita pun ikut sama. Banyak sangat jenis keropok sampai tak tahu hendak pilih yang mana satu. Kami membeli oleh-oleh dari:
Toko Kerupuk & Kemplang
SUWANDI JAYA
Jl. Letkol Iskandar No. 761 B,
Palembang, Sumatera Selatan.
Toko Kerupuk & Kemplang
SUWANDI JAYA
Jl. Letkol Iskandar No. 761 B,
Palembang, Sumatera Selatan.
Kali pertama goreng di sebelah pagi, kerupuk rasa keras tak boleh dikunyah. Di sebelah petangnya pula, cuba goreng sekali lagi. Sama saja. Firdaus siap pesan kepada Encik Suami : Baba jangan makan keropok yang Mommy goreng. Keras macam batu.
Tanya kawan-kawan yang beli keropok yang sama. Rupanya kena goreng dua kali. Sediakan dua buah kuali. Satu kuali untuk minyak hangat (api kecil) dan satu kuali lagi untuk minyak panas.
Firdaus yang suka sangat makan keropok tidak sabar-sabar untuk menggorengnya setelah melihat video cara menggoreng keropok tersebut. Dia sendiri mengajak Encik Suami untuk goreng keropok itu. Ambil sekeping kerupuk keriting dan celup sebentar sahaja ke dalam minyak hangat dan kemudian pindahkan ke dalam minyak panas.
Kerupuk Keriting Palembang yang sudah digoreng. |
Kerupuk Keriting Palembang yang belum digoreng. |
Susunan pelbagai jenis keropok di salah sebuah kedai keropok yang kami singgahi di Palembang. |
Kerupuk Keriting ini dikenali juga dengan nama Kerupuk Kembang @ Bunga. |
Pagi ini Firdaus ke padang di taman perumahan bermain bersama Khalid. Tentu seronok sangat kalau sampai rumah, sudah tersedia Kerupuk Keriting Palembang yang disukainya itu. Sebelum ini sudah goreng beberapa kali, tetapi tukang gorengnya Firdaus, sambil ditemani Encik Suami. Apabila kita cuba goreng sendiri, memang perlukan si mambang untuk temani kita! Entah sedang buat apa si mambang di Tanah Jauhar sanun.
Sesungguhnya kena sabar untuk menyiapkan gorengan Kerupuk Keriting Palembang ini. Goreng sekeping dalam minyak hangat, kemudian pindahkan ke dalam minyak panas. Sudah kembang elok, barulah angkat. Masukkan lagi sekeping ke dalam minyak hangat, dan seterusnya!
Namun, berapalah sangat kesabaran diri ini jika dibandingkan dengan insan dalam gambar di bawah ini.
Gambar ini Amie rakam dari jauh ketika kami melawat Masjid Agung Palembang @ Masjid Sultan Mahmud Badaruddin Jayo di Kota Palembang, Sumatera Selatan. Ketika Amie menghampirinya, mungkin terdetik di hatinya Amie ingin membeli keropok dagangannya iaitu kerupuk kemplang.
Dia berdiri tegak tidak bergerak tetapi matanya memerhatikan sahaja Amie mengambil gambarnya.
Kita hulur IDR kepadanya, dan sangkaannya Amie hendak beli sebungkus keropok yang dikandar itu. Amie gelengkan kepala sambil mengucapkan terima kasih dan terus berlalu meninggalkannya.
Penjaja Kerupuk Kemplang |
Hari ini kita kongsi dua jenis keropok dari sekian banyak jenisnya di Palembang iaitu:
- Kerupuk Keriting - diperbuat daripada campuran ikan laut seperti ikan sardin, tepung ubi kayu dan tepung beras.
- Kerupuk Kemplang - diperbuat daripada ikan tenggiri dan ubi kayu. Boleh digoreng atau dipanggang.
Agaknya disebabkan ada tambahan tepung beras dalam adunan kerupuk keriting, jadi perlu digoreng sampai dua kali untuk menjadikannya kembang. Uniknya!