Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4774

Jam Gadang Bukit Tinggi

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke Kota Bukit Tinggi
Jam Gadang, sebuah menara jam bersaiz besar tersergam gagah di Bukit Tinggi berukuran setinggi 26 meter. Jam Gadang dibina sekitar tahun 1926 dan kini berusia hampir satu abad. Jam Gadang mulai dibangun pada 1926-1927 atas inisiatif Hendrik Roelof Rookmaaker, sekretaris kota atau controleur Fort de Kock (sekarang Kota Bukittinggi) pada masa pemerintahan Hindia Belanda. Jamnya merupakan hadiah dari Ratu Belanda Wilhelmina. Ia terletak bersebelahan pejabat Walikota Bukit Tinggi. Seorang arkitek dari Koto Gadang bernama Yazid Rajo Mangkuto bertindak sebagai penanggungjawab pembangunan,sementara pelaksanaannya ditangani oleh Haji Moran dengan mandurnya St. Gigi Ameh.

Sumber : JAM GADANG

Jam Gadang

Dikatakan bahawa Jam Gadang pernah mengalami tiga kali perubahan pada bentuk atapnya:
  • Semasa dibina di zaman pemerintahan Hindia Belanda,  bumbungnya berbentuk bulat dengan patung ayam jantan menghadap ke arah timur. Simbolik bentuk atap ini menyindir agar orang Kurai, Banuhampu sampai orang Sarik Sungai Puar bangun pagi apabila ayam  berkokok.

  • Semasa pendudukan Jepun pula, bentuk atapnya berubah bentuk Kuil Shinto.

  • Setelah Indonesia merdeka, bumbung atau atap Jam Gadang dibuah menjadi bentuk gonjong seperti bumbung pada rumah adat Minangkabau, Rumah Gadang.
Google : Jam Gadang (Gambar 1933)
Jam Gadang (Gambar bawah :1939)




Google : Bumbung Jam Gadang bentuk Kuil Shinto (Gambar diambil 1948).

Google : Jam Gadang sewaktu pendudukan Jepun.



Jam Gadang menjadi lokasi peristiwa penting ketika:
  •  Kemerdekaan Indonesia seperti pengibaran bendera merah putih (1945), 
  •  Demonstrasi Nasi Bungkus (1950),
  • Pembunuhan 187 penduduk setempat oleh tentera Indonesia atas tuduhan terlibat Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (1959).
Sumber: JAM GADANG


Sana sini panas menyengat. Langit tetap membiru. Matahari terus menyimbahkan cahayanya yang terik. Nampaknya tidak boleh berlama-lama di sini. Sementara menunggu kawan-kawan seorang demi seorang mengabadikan diri bergambar di depan Jam Gadang, kita melihat-lihat sekitar, Terpandang empunya beberapa buah kereta kuda sedang mencari rezeki di tengah kota.




Alhamdulillah. Rezeki menghampiri atau menghampiri rezeki?


Melihat pemandangan sepintas lalu begini terasa betapa eratnya hubungan kekeluargaan yang dibina. Ibu bapa muda dan anak-anak kecil.


Semoga berbahagia.
Bahagia empunya kereta kuda mendapat pelanggan.
Bahagia keluarga kecil mengeratkan hubungan kekeluargaan berkeliling Kota Bukit Tinggi dengan menaiki kereta kuda.


Kami pun berbahagia juga dapat mengambil foto di hadapan menara Jam Gadang yang menyimpan banyak sejarah.


Jom teruskan perjalanan mengelilingi Kota Bukit Tinggi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4774

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>