Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Hari ini 28 September 2023 merupakan cuti umum sempena Maulidur Rasul 1445. Marilah perbanyakkan selawat ke atas baginda dengan berharap mendapat syafaat di akhirat nanti. Amin.
Apa cerita di pagi ini?
Amie bersama Encik Suami ke pasar membeli barang basah, dan kemudian membeli kuih-muih serta nasi kuning untuk sarapan pagi. Balik rumah terpandang bunga telang sedang berkembangan dengan banyaknya. Malam nanti giliran di rumah kami akan mengadakan majlis bacaan yasin bersama keluarga terdekat. Jadi, Encik Suami cadangkan Amie sediakan jus bunga telang sebagai salah satu minuman yang akan dihidangkan.

Jadi, eloklah petik bunga telang sekarang memandangkan selepas ini Amie akan sibuk membuat persiapan untuk makan malam nanti.
Bunga Telang |
Rasanya cukuplah bunga telang ini untuk direbus dan dijadikan jus.
Sekian.
Salam Maulidur Rasul 1445 buat semua.