Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4761

Oleh-Oleh Paling Istimewa dari Kedah

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Terlanjur sudah berada di LOTUS Sungai Petani Selatan.... terlanjur ye. Hendak undur balik tidak mungkin sebab sudah terlanjur hajat.... ahaks! Encik Suami dan anak-anak entah beli apa. Yang penting kita sudah sampai tempat tujuan iaitu kedai tudung AUNIFA!

Kita sangkakan setelah perut kenyang makan asam laksa dan pasembor, maka nafsu untuk membeli akan berkurangan dan mungkin hanya beli sehelai tudung saja!

Sebenarnya kita peminat tudung jenama AUNIFA dan memang pelanggan setia beli secara online. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan memakai tudung AUNIFA untuk pergi ke tempat kerja. Sesekali kita pakai tudung Jelitasara. Kita banyak koleksi tudung AUNIFA Rayana, AUNIFA Ratna dan AUNIFA Juwita. Paling banyak koleksi AUNIFA Ratna dan boleh dikatakan juga AUNIFA Ratna paling kerap dipakai. Kenapa? Kita suka pakai sebab main sarung saja, dan terus terletak kemas di kepala.

Kali ini kita hendak beli AUNIFA Tiara pula, samada yang plain atau yang berbunga. Oleh kerana tudung AUNIFA Tiara tidak perlu disterika, bolehlah buat koleksi untuk travel.


AUNIFA Ratna dan AUNIFA Juwita



Sudah rembat sembilan warna tudung AUNIFA Tiara (atas - tiga plain enam berbunga) baru nak ambil gambar. Harga asal satu helai RM89. Kalau beli tiga helai dapat RM210.00 diskaun RM57.00


Rembat lagi dua helai AUNIFA Ratna dan sehelai AUNIFA Juwita.

Sangkaannya hendak beli sehelai sahaja, tapi terus rembat 12 helai! Maafkan diriku kerana tamak. Kita memang sukakan tudung AUNIFA. Bukankah orang tamak selalu untung? Untungnya dapat potongan harga sehingga RM228.00. Kiranya beli tudung ini sebab nak reward diri...ahaks! Seronok tak terkira dapat bawa oleh-oleh istimewa dari Kedah sampai terlupa Jeruk Madu Pak Ali yang hendak dibeli di Penang nanti!

Salam Jumaat!

Pagi ini pergi kerja pakai baju kain sulam dari Bukit Tinggi Sumatera yang baru siap dijahit dua hari lepas. Kita sarung tudung AUNIFA Juwita. Tak tahulah nak kata warna apa. Tapi bila tengok gambar, ada pula warna yang sama dan makhluk asing (baldi) jadi frame di belakang nu....huhuhuuuu!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4761

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>