Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Jalan-Jalan ke Kampung Agong (3) - Welcome to Mini Zoo

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom kita ke Mini Zoo Kampung Agong.
Walaupun cuaca panas, tapi melihat keterujaan anak-anak, kita pun ikut raikan sama masa-masa riang mereka.

Welcome ti Mini Zoo.


Nampak tenang dan damai sahaja suasananya. Memang rasa selesa berada di kawasan terbuka, dikelilingi sawah padi dan panas-panas redup di bawah pokok kelapa! Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menambah rasa ingin berlama-lama di sini.



Melangkah kaki ke sini seolah-olah berada di pekan koboi!


Walaupun tidak gah seperti zoo negeri atau zoo negara, tetapi tetap memberikan pengalaman yang menhyeronokkan terutama untuk anak-anak yang sukakan haiwan.




Hai Pak Belang!
Auuuummmm!


Burung bayan atau burung kakak tua?
Cantik kan.



Encik Suami sudah menyandar di pekan koboi. Di sebelah sana ada kandang kuda!



Fuad dan Fairuz sudah bersedia membawa Firdaus untuk mengembara ke dunia haiwan.


Firdaus membeli sebaldi kecil makanan untuk haiwan-haiwan yang akan dilawatinya.


Ada pelbagai jenis ayam, tapi ambil gambar ayam ini sahaja.


Itik dan angsa hidup harmoni bersama.




Kita tinggalkan anak-anak dan Encik Suami yang leka melayan ayam itik, kambing, arnab dan sebagainya di Mini Zoo. Kita hendak tangkap gambar sawah padi dan persekitarannya.




Indahnya alam ciptaan Allah.
Subhanallah!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>