Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4763

Jerung Char Koay Teow, Pak Tam Satay & Pasembor Pulau Mutiara

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim. 
Senang hendak ke sana dan ke sini kalau ada kenderaan sendiri. Tambahan pula Fuad sudah lebih setengah tahun berada di Pulau Pinang, jadi sebut sahaja mana tempat hendak dituju dia akan terus memandu ke destinasi. Cuma, masalah kesesakan jalan raya sahajalah yang terpaksa di hadapi. 

Pada sebelah petang 26 Disember 2023 bersamaan hari Selasa, Fuad bawa kami untuk makan char kuetiaw. Katanya, di situlah char kuetiaw paling sedap pernah dia rasa. Kita pun lupa tempatnya, mungkin di Bayan Lepas. Sayangnya setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, rezeki tidak memihak kepada kami. Akhirnya Fuad bawa kami ke tempat lain.

Jerung Char Kuey Teow



Summer Place Condominium

Sebelum itu, Fuad bawa kami jalan-jalan di sekitar tempat kerjanya, The Light City di Jelutung. Seterusnya kami singgah di tempat tinggalnya iaitu Summer Place Condominium di tingkat 20.


Pemandangan dari tingkat 20.


Fairuz sempat berpusing-pusing menunggal motosikal Fuad. Firdaus membonceng di belakangnya.


Fuad bawa kami makan di Jerung Char Koay Teow.
Ikut sajalah mana Fuad bawa. 


Char Koay Teow Special - Ada udang dan telur mata.


Char Koay Teow Tom Yam - RM11.90

Char Koay Teow Tom Yam

Tambahkan cili jeruk untuk rasa lebih ummpphh!

Ajak Encik Suami merasa Char Koay Teow Tom Yam sebelum Char Koay Teow Specialnya sampai.
 Rasanya CKT Tom Yam lebih kuat berbanding CKT Special.

Menikmati CKT Special penuh selera!



Kami turut memesan sate dari gerai bersebelahan Jerung Car Koay Teow.
20 cucuk sate ayam dan 20 cucuk sate daging. Fuad kata sate daging di sini lembut.


Sate Daging RM1.20 sen secucuk.
Sedap!

Sate Ayam RM1.20 sen secucuk,

Sama sahaja harga sate ayam dan sate daging iaitu RM1.20 sen secucuk.

Nampak dah buncit perut Firdaus!
Apa tidaknya. Hari-hari makan sedap di utara sana.

Selepas makan char kuetiaw dan sate, Fuad cadang untuk bawa kami jalan-jalan di tapak Pesta Pulau Pinang. Sayangnya ketika kami sampai, hujan turun pula. Jadi, tak jadilah kami turun ke tapak pesta tersebut. Fuad ajak jalan-jalan lagi sampailah ke Padang Kota. Katanya ada pasembor paling sedap di situ. Nampaknya selagi tak jumpa pasembor, Fuad macam tak puas hati pula. Apabila kami sampai, kedai pasembor yang dicari Fuad, tutup! Entah apa nama kedainya. Nampaknya sudah dua kali tak dapat cari pasembor seperti yang Fuad hajati.

Marilah cari pasembor di tempat lain, kata Fuad. 
Terjumpalah pula Pasembor Pulau Mutiara. Kami beli bungkus.

Pasembor Pulau Mutiara


Walaupun sudah makan sate dan chae kuetiaw, tapi anak-anak hendak makan lagi apabila sampai di homestay. Fuad panaskan kuah pasembor dan kuah asam laksa. Kita beli laksa, sebungkus saja.

Pasembor Pulau Mutiara

Kata Fuad : Bezakan kuah pasembor yang kita makan di LOTUS Sungai Petani dengan kuah pasembor di Penang? Oooo... barangkali Fuad hendak tunjukkan beza warna kuahnya. Itu sebabnya gigih mencari kedai pasembor sepanjang malam!

Asam Laksa

Supper - Makan Lewat Malam

Selesai makan budak-budak menonton filem di ruang rehat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4763

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>