Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4760

Beli Oleh-Oleh Jeruk Madu Pak Ali di Cawangan Penanti

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat pesan Wak Aton supaya belikannya Jeruk Madi Pak Ali. Tapi Wak Aton hendak jeruk buah salak saja. Sebelum meninggalkan Bukit Mertajam, kami singgah di Kubang Semang (Jeruk Madu Pak Ali Cawangan Penanti).

Pada mulanya hanya hendak beli jeruk buah salak sahaja, tetapi terlanjur beli 17 bungkus Jeruk Madu Pak Ali! Itu pun setiap bungkus 500 gram. Kalau satu kilogram, tidakkah seguni jadinya? Bolehlah hulur sebungkus untuk ahli keluarga buat rasa-rasa. Tak cukup beli buah-buahan jeruk, rembat juga Kuah Rojak Pak Ali yang pedas dan yang original. Nampak Garam Belacan Pak Ali, pun sauk juga. Campur semua ada 12 botol.

Pelbagai jenis buah-buah jeruk:
Salak Madu
Pala Penang
Mangga Sala
Mangga Kuning
Sengkuang
Betik
Kedondong Hijau
Asam Kelubi
Dan Lain-lain




Jeruk Madu Pak Ali Cawangan Penanti


Harga sebahagian buah tidak sama. Misalnya harga buah salak madu paling mahal di antara buah-buah jeruk yang ada.

Salak Madu RM25.50 sen sekilogram.


Inilah jeruk salak madu kegemaran Wak Aton.


Entah di mana silapnya, sampai di LD tak jumpa pula Garam Belacan Pak Ali dalam kotak!


Kami biasa juga makan Jeruk Madu Pak Ali tetapi yang kami beli sendiri di sini rasanya agak berbeza dengan yang biasa kami makan. Agaknya masih segar kot sebab sewaktu kami beli barulah dibungkus! Tunggu ya Jeruk Madu Pak Ali! Nanti kami datang lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4760

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>