Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

RM1.70 Untuk Semua Jenis Makanan & Minuman

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak selalu berasa cepat lapar. Walaupun baru saja meninggalkan Homestay Baiduri di Kampung Balun, tiba-tiba Fuad ajak berhenti makan di CapeCafe RM1.70. Memujuklah dia supaya kami cuba makanan di sini. Katanya lagi, harganya sangat murah. Makanan pun sedap dan banyak pilihan. Ok...ok kita singgah sini.

Semua Menu RM1.70 Sahaja.
Memang terujalah melihat pelbagai menu dengan harga hanya RM1.70 sen sahaja.

Menu yang dipesan.

Sementara menunggu pesanan sampai, Fuad sempat makan ais krim Malaysia.

Fuad & Fairus : Nasi Lemak

Mee Kari.
Dalam kertas menu pesanan ditandakan Maggi Kari tapi yang datang Mee Kari.



Encik Suami : Mee Hoon Sup

Firdaus : Chicken Chop CapeCafe

Nasi Himpit Ayam Rendang


Penjan Ubi

Kita teruja hendak makan Penjan Ubi. Barangkali memang begini mungkin ya Penjan Ubi di sini. Ubi rebus di belah, siram dengan sirap gula merah. Kita bayangkan ubi kayu yang sudah direbus akan dimasukkan ke dalam campuran gula melaka dan gula merah serta daun pandan yang sedang mendidih. Maka tergaullah ubi kayu rebus tadi dalam manisan tersebut. 

Sagu Gula Melaka

Kita sangka Sagu Gula Melaka warna agak kecoklatan sedikit, tapi yang datang ke meja warna putih pula. Lain tempat, barangkali lain cara penyediaan dan bahannya.

Minuman panas dan sejuk ini semuanya berharga RM1.70 sen setiap satu.


Semua sudah puas hati dapat makan di sini?
Belum kenyang........!
Itulah jawapan jujur anak-anak.
Kita cuba-cuba makan sahaja di sini.
Maklumlah, harga RM1.70 tidaklah banyak mana isinya kecuali kalau Nasi Lemak atau Mee Hoon Sup  itu ambil tiga mangkuk untuk seorang makan... ahaks!
Yang penting, sudah penuhi permintaan Fuad untuk makan di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>