Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4765

Ikan Pari Rebus Air Asam

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim.
Ikan Pari Rebus Air Asam ini tersimpam di galeri HP sejak 07 Disember 2023. Hari ini barulah tiba giliran dijadikan entri. Kesian dia! Sabar sajalah.... ahaks!

Walaupun sudah hilang ditelan masa, namun kelazatannya masih terasa melintasi tekak. Kalau ada yang tolak lauk begini, rugilah dia kan.

Hendak menyediakannya sangatlah mudah. Tak cerewet memerlukan banyak bahan. Hanya perlu rebus, dan kemudian masukkan bahan air asam. Amie gunakan sedikit sahaja pati asam jawa, kerana Amie hendak 'masamkan' dengan jus limau kasturi.


Resipi Ikan Pari Rebus Air Asam

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan pari - bersihkan
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 2 sudu kecil belacan bakar - hancurkan
  • 5 biji limau kasturi - ambil jusnya - boleh kurang / lebih ikut kemasaman yang disukai
  • 11 biji cili padi - hiris
  • 1 biji tomato - hiris
  • 3 biji bawang merah - kupas kulit - hiris
  • 2 cawan air - boleh tambah jika suka kuah banyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan air dalam periuk. 
  2. Masukkan ikan pari. Biarkan sehingga air mendidih dan ikan pari mula masak.
  3. Kemudian masukkan pati asam jawa, belacan bakar, hirisan cili padi dan hirisan tomato serta hirisan bawang merah.
  4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Akhir sekali tuangkan jus limau kasturi.
  6. Padamkan api dapur.

Ikan Pari Rebus Air Asam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4765

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>