Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu Fuad hantar kami ke apartment, Fuad pesan esok pagi setelah selesai tugasnya di tapak projek Fuad akan ambil kami pukul 10 pagi. Kami pun tidak pasti boleh bersiap tepat masa atau sebaliknya. Maklumlah badan sangat letih dan rasa tidak cukup rehat.
Abang Farid pula awal pagi lagi sudah meminta kami senaraikan makanan kerana dia hendak memesan makanan dari ZUS Coffee.
Pukul 9:30 pagi sampailah makanan dan minuman yang dipesan Abang Farid.
Makanan dari ZUS Coffee:
- Mee Hoon Goreng Siam
- ZUS Signature Chicken Lasagna
- Spaghetti Carbonara
Amie : ZUS Signature Chicken Lasagna |
Chicken Lasagna |
Apabila Abang Farid suruh Firdaus pilih menu, tak mahu pula dia. Nampak Chicken Lasagna kita, 3/4 dia habiskan... ahaks!
Spaghetti Carbonara |
Encik Suami : Mee Hoon Goreng Siam |
Abang Farid beli juga:
- ZUS Signature Curry Puff
- Tom Yam Chicken Puff
- Chicken Slice & Cheese Croissant
Di LD pun ada ZUS Coffee tapi kami belum berminat untuk berkunjung ke sana.
Alhamdulillah, rezekinya di sini pula.
Alhamdulillah, rezekinya di sini pula.
Terima kasih Abang Farid belanja sarapan. |