Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin 15 September 2025. Nampaknya Tawau senasib dengan daerah lain, bekalam elektrik terputus! Selepas sarapan di Shervinton Hotel kami ke pasar raya. Aduhai! Dalam pasar raya panas, tiada kipas apalagi hawa dingin. Hendak naik dari satu tingkat ke satu tingkat pun terpaksa mendaki eskalator. Apa boleh buatlah. Tapi terasa berat betul membawa naik badan yang sihat montel ini.
Selesai shopping, kami mencari tempat makan. Sekali lagi di duga keadaan jalan raya yang sesak akibat lampu trafik tidak berfungsi. Setelah sampai ke kedai makan yang dituju, sekali lagi kami diuji! Setelah tulis semua makanan yang hendak dipesan, rupanya semua tidak boleh disediakan kerana masalah tiada bekalan elektrik. Baru perasan, semua kipas dan lampu di situ tidak berfungsi. Panas! Menurut pelayan restoran ketika ini hanya ada masakan mi sup sahaja. Terpaksalah kami tinggalkan tempat makan tersebut dan patah balik arah ke bandar.
Jam sudah menunjukkan angka 01:58 petang!
Encik Suami masuk arah jalan berhampiran Bank Rakyat dan kami berhenti di Restoran KK Sup Ikan.
Sebolehnya kami mencari tempat duduk yang terbuka dan berangin. Oleh kerana masalah sama tiada bekalan elektrik maka kami tidak dapat memesan minuman yang dikehendaki. Kata pelayan restoran, mereka hanya hidangkan minuman air mineral sahaja ketika ini.
| Tiga gelas air mineral. |
| Udang Goreng Tepung |
Kami memesan:
- Udang Goreng Tepung
- Peria Goreng Telur Masin
- Ikan Merah Asam Pedas
- Nasi Putih
- Kon Loh Mee Ikan
Udang Goreng Tepung ini datang awal. Kami bertiga ratah sahaja hingga habis.
| Peria Goreng Telur Masin |
Kemudian datanglah Peria Goreng Telur Masin. Firdaus yang mengingatkan awal-awal supaya memesan hidangan ini.
Sedap jew Firdaus meratah Peria Goreng Telur Masin ini.
Kami makan sikit jew, selebihnya Firdaus yang habiskan!
| Asam Pedas Ikan Isi Merah |
Asam Pedas Isi Ikan Merah ini Encik Suami makan dengan nasi putih.