Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5035

Kek Pisang Mentega Kacang

$
0
0
Pisang... Oh! Pisang tanduk... pisang tanduk 4 biji Amie penuh kenangan dari Bukit Hijau. Pisang penuh nostalgia ini sangat mahal harganya  (dengan 2 biji keladi) sebab Amie kena bayar RM105 di kaunter LCCT akibat lebihan berat bagasi sebanyak 3 kg! Jadi, Amie pun ingin abadikan pisang tanduk istimewa ini dalam bentuk resepi yang cukup enak! Rasanya setakat ini tak pula pernah Amie dengar orang buat kek pisang gunakan pisang tanduk! Pedulikan itu semua... yang penting resepi kek pisang tanduk Amie menjadi dengan jayanya. Bukan itu sahaja, Amie tambah mentega kacang halus dalam adunan ini sehingga menimbulkan aroma  yang sangat sedap. Kepada sesiapa yang ingin atau berani mencuba, Amie persilakan dengan segala senang hati tapi lebih baik jangan bubuh essen pisang sebab nanti akan menenggelamkan aroma mentega kacangnya. Kalau nak bubuh juga, bubuh sikit saja sebagai syarat.


Seperti sebelum ini, Amie gunakan sukatan  cara tradisional, tak perlu timbang-timbang. Gunakan saja cawan untuk sukat tepung, gula dan minyak. Amie gunakan gula perang dan sukatannya Amie kurangkan dari kebiasaan. Selalunya kita gunakan 1 cawan, tapi setelah beberapa kali buat kek, Amie kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja. Walaupun rasa pisang tanduk ada sedikit asam, tetapi manisnya tetap terasa. Mentega kacang halus yang Amie tambahkan di dalam adunan mempengaruhi rasa kek pisang ini. Teksturnya padat tapi lembut, dan rasa mentega kacang halus yang lemak-lemak masin turut menyeimbangkan rasa manis gula perang,  dan asam manis pisang tanduk!


Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang tanduk lecek - boleh gunakan pisang lain seperti pisang berangan
4 sudu makan mentega kacang halus
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak canola (minyak jagung / minyak kelapa sawit / mentega cair - ikut citarasa masing-masing)
4 biji telur 
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam

Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus danpukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.



Oleh sebab kek ini sangat sedap jadi tak boleh makan banyak! Yang datang cepat bolehlah ambil sepotong ye...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5035

Latest Images

Trending Articles

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>