Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4760

Jom Makan Ikan Segar

$
0
0
Nampaknya setakat ini tak perlu lagilah kami mengembara ke kampung di tepi laut untuk mencari ikan segar. Tabanac Freshmart sudah mempunyai pembekal ikan dan setiap hari bekalan ikan segar termasuk ketam dan sotong akan dihantar ke situ.
Apa yang membuatkan Amie rasa seronok apabila berkunjung ke Tabanac Freshmart, sudah tentulah kerana dapat melihat pelbagai jenis ikan segar yang dijual. Selain itu, dapat pula berkenal-kenalan dengan nama-nama ikan tersebut. Tak kisahlah nama mengikut bahasa tempatan atau nama ikan mengikut bahasa strandard (berdasarkan Kamus Dewan).
Hurrrmmm... nak kongsi sedikit info tentang khasiat makan ikan segar. Katanya dengan selalu memakan ikan segar, kulit lebih cantik dan benjolan lelemak juga kurang muncul pada kulit!

Amie kongsikan beberapa jenis ikan yang memang sudah diketahui namanya oleh umum, tetapi ada juga beberapa jenis ikan yang (menyelit / terselit) yang Amie tidak ketahui namanya. Jadi, sesiapa yang ada info bolehlah kongsikan di sini untuk menambah ilmu pengetahuan kita tentang jenis ikan di perairan negara kita.

Sebelum ini mungkin Amie sudah kongsikan ikan di atas, iaitu ikan belais tembaga. Banyak bentuk dan spesies yang sama, cuma berlainan warna dan bentuknya sedikit. Ikan belais atau ada yang menyebutnya ikan belawis, rasanya jarang di temui di Malaya. 

 Ini pun spesies belais juga tetapi warnanya berbeza sedikit terutama pada bahagian siripnya.

Selain nama ikan belais, ada juga yang menyebutnya sebagai ikan kitang  dan juga ikan baronang. Gambar ikan belais di atas, MIL dan FIL memanggilnya ikan menyerat!

Keluarga belais juga!
Suka sangat Encik Suami kalau nampak ikan ini. Anak-anak pun suka makan. Tak payah masak itu masak ini, hanya goreng saja!

Yang warna hijau ialah ikan bayan atau ikan kakak tua. Ikan bayan ini pun banyak juga keluarga adik beradik dan sepupunya. Sebelah bayan hijau, di belakangnya itupun bayan juga! Mula-mula Encik Suami pilih bayan hijau tapi akhirya ditukar beli bayan yang dibelakangnya itu.Bayan hijau 700 gram, bayan yang di belakangnya itu 1 kg. Dalam perjalanan pulang, sibuk dia berkata-kata: Sedap betul kalau ikan ini dimasak dengan santan. Dah tahu dah. Masakan MIL itu. Masakan sambal sebenarnya, bubuh santan, cili kering dan ketumbar, dan diakhiri perahan jus limau nipis!



Barangkali ikan di atas ini keluarga ikan sulit @ sulig. Bentuknya lebih kurang sama tetapi agak panjang sedikit berbanding ikan sulit ekor kuning yang berbentuk agak leper dan dempak.

 Dan ini dikatakan spesies ikan batu. 
Amie selalu bawa pulang ikan kering / masin batu kalau balik Malaya. Isinya padat dan sedap! Biasanya Amie buat acar.

 Mana satu yang nak dibeli? Lebih kurang sahaja berat timbangannya. 
Ikan putih @ ikan nyok-nyok ini memang sedap kalau kita masak sos tiga rasa!


 Ikan Cermin @ Ikan Ebek.

 Ikan kaci pun banyak pilihan. Saiznya pun agak besar juga.




 Kerapu Bara pun ada terselit di celah-celah pelbagai jenis kerapu lain.

 Ini spesies jenahak yang masih kecil. Ada tanda hitam berhampiran ekornya.

 Ikan kerapu bintik.

 Ikan Kerapu juga.... yang biasa kita lihat.

 Ikan kutambak @ ketambak @ landuk.

 Ikan warna kuning di atas, tidak diketahui namanya.

 Ikan jenahak.... entah jenahak apa, sebab ikan jenahak pun pelbagai jenis.

 Kerapu Tikus.

Ikan kerapu juga, tapi belum tahu lagi jenis kerapu apa.   Kalau ada yang tahu, kongsikan namanya ye.

 Ikan kaci.

 Kaci bersama si gerut-gerut.

Si Ebek @ Cermin bersama ikan Nyok-Nyok @ Ikan Putih.
Kalau ada salah silap nama-nama ikan di atas, tolong betulkan ye.
Moga perkongsian ini membawa manfaat bersama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4760

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>