Sebelum makan malam, sebaik sahaja keluar dari kawasan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Cik Amal membawa kami melawat sebentar ke Pasar Malam Gadong yang terletak di Simpang 37, Bandar Seri Begawan. Pasar ini dibuka setiap hari pada pukul 3 petang sehinggalah ke malam.
Bila melihat keropok lekor, terus membayangkan jualan di sini tidak banyak bezanya dengan jualan di pasar malam di tempat sendiri.
Ada sayap panggang.
Tongkeng ayam panggang.
Dan sudah tentunya yang sangat istimewa ialah kuih-muih tradisional!
Nampaknya kuih ini sahajalah yang Amie ingat : Kuih jelurut.
Bila tanya Pak Google, katanya ada yang panggil kuih celorot atau kuih celurut!
Cik Amal kata tak perlu bawa duit banyak, cukuplah sekadar 10BND! Hahaaaa.... betul kata Cik Amal!
Kuih pertama kami beli ialh kuih jelurut ini.
Dan selepas itu kami tidak beli apa-apa. Bukan tak mahu beli, sebab selepas ini kami akan makan malam! Mana nak bubuh segala macam makanan dalam perut kami... ahaks! Barangkali kalau kami datang sebelah petang, mungkin banyak jugalah kami borong makanan di sini.
Ada persamaan tak kuih-muih di atas dengan kuih-muih kita?
Mungkin bahan yang digunakan sama, tapi namanya berlainan.
Ini jering rebus. Makan dengan kelapa parut.
Pertama kali datang ke Brunei, Amie makan jering rebus dengan kelapa parut di tepi dermaga. Sedap tau!(Waktu itu datang ke Brunei naik feri dari Labuan)
Di tempat kita dipanggil buah melaka kot... di sini kuih pancit.
Berangan nak makan nasi katok, tapi sampai sini tak ada rezeki. Lain kali boleh datang lagi.
Oleh kerana hanya sebentar sahaja kami berada di sini, tidaklah banyak gambar yang sempat diambil. Selain jualan makanan, terdapat juga jualan buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.
Asam kelubi pun ada di sini.
Dalam bekas bertutup (gambar atas) berisi tempoyak.
Ni... lupa apa namanya!
Ini rupa udang kering Brunei.
Walaupun namanya udang, tetapi bentuknya lain sedikit dari yang selalu ditemui di Tawau dan Lahad Datu. Tak silap, udang kering beginilah yang Amie temui dalam menu mee goreng Thai di Pattaya Food Thai.
Ambil gambar ikan bilis juga!
Nampak cantik pula.
Ikan masin / jeruk?
Mudah-mudahan ada kesempatan untuk berkunjung ke Pasar Malam Gadong lagi. Dapatlah teroka semuanya dari petang hari.