Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4754

Sambal Tempe, Hati dan Mempedal Ayam

$
0
0
Teringin nak makan sambal tempe, tapi tak mahu tempe digoreng garing! Kita suka tempe yang senang dikunyah, dan memang ada rasa tempe. He heeee.... bukan apa. Selalunya kalau buat sambal tempe, tempenya dihiris nipis serta digoreng garing. Jadi, taklah terasa sangat tempenya tu...hiks! Selera masing-masingkan. Maklumlah, gigi pun dah tak berapa 'kuat' untuk kunyah benda-benda 'keras'. Jadi, apa salah oleh sendiri ikut cara yang berkenan di hati. Betul tak? Jadi kali ini, kita buat sambal tempe yang agak basah sedikit. Biasanya kita tambah dengan ikan bilis, tapi kali ini kita gunakan hati dan mempedal ayam pula.

Jom, kita mulakan kerja mengolah sambal tempe. Tak ada bawang merah kecil, jadi gunakan sebiji bawang besar kisar sekali harung dengan bawang putih dan cili kering.

Bahan-bahan:
4 keping tempe - potong / hiris ukuran jari kelingking (jari orang kurus...he heheee)
200 gram hati ayam
200 gram mempedal ayam
50 gram suhun 
3 biji cili hijau - hiris
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak secukupnya
garam / 2 sudu besar gula melaka / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (5 biji bawang merah)
10 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil belacan (tak bubuh pun tak apa)

Cara memasak:
1. Tempe dan suhun digoreng asing-asing. Ketepikan.
2. Hati dan mempedal direbus hingga masak. Toskan airnya dan hiris ikut saiz yang digemari.
3. Tinggal 4 sudu besar minyak bekas gorengan tempe dan suhun di dalam kuali.
4. Tumis bahan kisar, dan masukkan gula melaka secukupnya. Biarkan masak  hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
5. Masukkan pati asam jawa dan biarkan terbit minyak sekali lagi. 
6. aburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
7. Kemudian masukkan hirisan cili hijau,hati dan mempedal. Gaul rata.
8. Seterusnya masukkan tempe goreng dan suhun yang sudah digorengt.
9. Gaul / kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.

Ratah-ratah saja ni!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4754


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>