Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong

$
0
0
Assalamualaikum.
Selamat petang semua.
Moga sihat-sihat sahaja bersama keluarga dan yang tersayang.
Hari ini Amie hidangkan Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong.
Jom kita lihat resepeinya di bawah ini.

Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong
Bahan-bahan:
350 gram daging rusa salai - hiris  tebal / tipis ikut saiz yang digemari
7 biji buah kedondong - kupas kulit - belah 4
250 gram pati santan - tambah 2 cawan air
2 batang serai - diketuk
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar / tumbuk:
30 biji cili padi - hijau +merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 cm halia

P/S : Tak mahu bubuh bawang putih dan bawang merah pun ok. Amie memang nak bubuh.

Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong
Cara memasak:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar dan serai. Kacau.
  2. Kemudian masukkan daging rusa salai bersama buah kedondong. Gunakan api perlahan.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
  4. Setelah kuah mendidih, daging salai dan buah kedondong masak, taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong
Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kedondong sedia untuk dinikmati!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>