Taman Banjaran Crocker Keningau? Kami hanya singgah sahaja di 'halaman'nya.
Banjaran Croaker yang merupakan banjaran gunung tertinggi di Pulau Borneo ini memisahkan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Ketinggiannya mencapai 1,800 meter. Ia merupakan hutan simpan di bawah Jabatan Perhutanan Sabah pada 1969 dan diwartakan pada tahun 1984. Bermula pada tahun 2002, hutan simpan ini diletakkan di bawah program Pemeliharaan Ekosistem dan Diodiversiti Borneo. Keluasan Taman Banjaran Crocker ini sekitar 110 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar. Kawasan ini merupakan rabung dilitupi hutan ang mengunjur dari Gunung Kinabalu sehingga sempadan Sarawak.
Bersebelahan dengan Pejabat TamanBanjaran Crocker Keningau terdapat sebatang jambatan dan sebuah pondok kecil.
Duduk seketika di sini, terasa seperti berada di tengah hutan! Bunyi-bunyian pelbagai suara serangga jelas kedengaran. Menoleh ke bahagian atas, ada air terjun kecil yang mengalir sambung menyambung hingga ke bahagian bawah, dengan suasana redup dan agak gelap. Memang nampak hutan sungguh!
Di belakang sanun, di balik jurai-jurai tumbuhan hutan, air terjun kecil sedang mengalir melepasi batu-batuan gunung.
Melihat dedaun hijau bekas gigitan serangga, jelas menunjukkan flora dan fauna di sini hidup harmoni dan saling menyokong di antara satu sama lain. Jika berminat untuk beraktiviti sambil menikmati alam semula jadi di sini, rajin-rajinlah bertanya Pak Google...ahaks!
Jom, patah balik ke arah Keningau. Kalau sebelum sampai ke sini kita kena tekan minyak untuk sampai ke aras yang lebih tinggi, turunnya pula kita relaks saja!
Dengar ceritanya, kawan-kawan yang lain sedang berada di Ladang Ternakan Tenusu di Ladang Eco Yap, Kampung Bomboi, Keningau.
Kami singgah di Keningau View Restoran, tapi bukan untuk makan. Kami ingin memenuhi kehendak Firdaus untuk melihat arnab. Daftar masuk dan bayaran dilakukan di restoran.
Bila anak gembira, kami pun turut bahagia!
Siang malam dia sebut : Nak tengok arnab. Nak cari arnab!
Sekarang sudah dapat banyak arnab kan?
Walaupun hari sudah menjelang petang, tapi panas matahari terus membakar kulit!
Biarlah Firdaus puas bermain dengan arnab sambil memberikan makanan. Nampaknya dari tanah lapang sehingga ke bawah pokok cempedak, arnab-arnab tersebut terus mengekori Firdaus yang membawa makanan.
Ada sepokok cempedak di hujung taman arnab. Lebat sungguh pokok cempedak ini berbuah!







