Tempat makan sate ini pun cadangan Siti Nor Zaharah juga. Baca di FB, katanya sate ada di Restoran Rahmat 2. Maknanya ada dua Restoran Rahmat di Keningau ini. Agaknya ler..... ahaks! Sekembalinya kami dari Arnab Farm, terus singgah sini sebelum balik hotel. Kena tunggu giliran, sebab restoran penuh. Tak lama kemudian, kami dapat tempat.
Fairuz kata dia tak mahu makan sebab perut masih kenyang penuh dengan ayam penyet dan lamb chop di Rockfire Cafe tengahari tadi. Jadi kami hanya memesan 10 cucuk sate kambing dan 10 cucuk sate ayam.
Sedap rasa sate di sini, terutama sate kambing.... ahaks! Maklumlah dah biasa dengan rasa sate ayam, tentulah sate kambing lebih dapat perhatian!
Firdaus dengan wajah keletihan! Kejap lagi kita balik hotel ye dik. Makan dulu.
Kita makan roti sarang burung.
Bukan sate saja yang sedap. Roti sarang burung pun tak kurang lazatnya!
Encik Suami dengan roti telurnya. Kami semua memesan minuman panas. Hidangan kami ini merangkap minum petang dan makan malam. Oleh kerana banyak tempat makan halal di Keningau, tidaklah risau kalau malam nanti terasa lapar, bolehlah ronda-ronda cari makan... ahaks!
Tidak banyak cakap, dan selepas solat Firdaus terus tertidur!
Keesokan paginya kami check out hotel.
Sekali lagi kami ke Restoran Rahmat. Kata kawan-kawan yang lain, mereka akan berkumpul di sini pada pukul 8 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Tenom. Encik Suami turunkan Amie, Fairuz dan Firdaus di sini. Katanya, dia hendak isi minyak dan cari tempat letak kereta. Jadi, Amie pun bawa budak berdua ini bersarapan. Firdaus nak makan nasi kuning. Fairuz pula nak makan nasi lemak, tapi pelayan restoran kata nasi lemak tidak ada. Yang ada nasi kuning lauk sama macam nasi lemak.
Nasi kuning Firdaus.
Nasi lemak kuning Fairuz.








