Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4766

Bercanda di Pantai Kahona

$
0
0

Sebenarnya bukan tak mahu turun main air laut, tapi bila memikirkan tentang bulu babi atau landak laut dengan durinya yang tajam, itulah yang sangat menakutkan! Bimbang tertusuk durinya yang maha halus itu. Nak hilangkan pedih bisa dan keluarkan duri bulu babi, kalau kita terpijak ada cara tradisional yang biasa diamalkan. Segan pula nak cerita di sini... ahaks!

Oleh kerana air laut nampak jernih dan tidak kelihatan longgokan bulu babi atau landak laut, jadi kami pun kononnya terjunlah dari bot! Selain nama bulu babi atau landak laut, haiwan ini juga dikenali dengan nama tayyum (bahasa Bajau). 

Selamat Hari Merdeka!

                            
Berjimba-jimba sambil bercanda! Eh...betulkah istilah tu?

7 sekawan di Pantai Kahona.


Apa ni? Kalau di Malaya biasanya dijadikan ubat luka atau dijadikan sebagai minuman kesihatan. Di Sabah, dijadikan sebagai makanan. Boleh dibuat kerabu dan juga dimasak sup. Banyak khasiatnya dan mahal harganya. Kebanyakannya dijual dalam bentuk yang sudah dikering. Tangan siapalah yang berani ambil haiwan ini?

Inilah balat, dalam bahasa tempatan. Dikenali juga dengan nama timun laut atau bahasa mudahnya gamat.


Ni mesti takut-takut berani nak pegang ni sebab dia gunakan kulit kerang untuk angkat balat!

Cari lagi!

Jumpa balat saiz besar dan panjang pula!

Berani betul Yanti pegang balat!

Jumpa tapak sulaiman.

Beginilah keadaan di lantai laut kalau ada bulu babi atau landak laut atau tayyum. Gambar ini dalam entri Amie yang lalu sewaktu berkunjung ke Pulau Sakar.
Isi tayyum boleh dimakan.
Hanya tangan orang yang professional tentang hidupan laut saja yang pandai pegang haiwan ini.

Tak boleh berlama-lama di sini. Cukuplah setakat ini bermain air di Pantai Kahona. Ada lagi pulau lain yang hendak dijejaki. Matahari pun sudah tegak di atas kepala! Panas terik!

Selamat tinggal Pantai Kahona yang berpasir putih!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4766

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>