Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4763

Nasi Goreng Kimchi

$
0
0

Apa khabar pagi ini? Moga semua sihat sejahtera. Mari kita mulakan hari yang nyaman ini dengan alas perut Nasi Goreng Kimchi. Untuk resepi ini, Amie terpaksa buat tipu muslihat supaya tidak dipersoalkan oleh anak-anak terutamanya Abang Farid..... ahaks! Amie harap sewaktu Amie goreng nasi janganlah ada anak-anak yang jenguk ke dapur terutamanya Abang Farid! Nanti terkejut pula dia dengan bau kimchi yang tajam dan menyengat itu. Amie hiris halus-halus kimchi kobis yang akan Amie campurkan dalam nasi goreng. Oleh kerana  kimchi kobis kurang terang warna merah orennya, jadi Amie tambahkan serbuk cili supaya nasi goreng nampak lebih menarik.

Kebetulan ketika sedang mencampakkan secawan hirisan kimchi kobis ke dalam kuali, tiba-tiba Farid muncul dan terus melihat ke dalam kuali!

Huurrmmm... masak apa tu Mommy? Sedapnya!

Amie tak jawab, tetapi membiarkan Abang Farid melihat sahaja bahan yang sedang Amie kacau dalam kuali. Kebetulan ada isi udang, lobak merah dan isi jagung. Jadi, tak nampak sangatlah kimchi kobis yang Amie hiris halus itu. Syukurlah Abang Farid tak tanya, bahan apa yang Mommy masukkan tadi?

Ketika makan Nasi Goreng Kimchi, Abang Farid bertanya : Ini nasi bila yang Mommy goreng ni? Faiuz pun bertanya perkara yang sama. Fuad berada di dalam bilik, ikut kelas online. Firdaus terus makan Nasi Goreng Kimchi tadi.

Nasi lebihan malam tadi. Kenapa? Tanya Amie pula.

Ada rasa masam-masam sikit. Bukan nasi basikah ini? Tanya Fairuz.

Mana ada nasi basi? Memang rasa nasi goreng begitu, jawab Amie.

Ahaaaa.....haaaaa.... Bukankah sayur kimchi ada rasa masam dan menyengat? Anak-anak sangka Amie goreng nasi basi! 

Nasi Goreng Kimchi

Kimchi Lobak & Kimchi Kobis dari Ranau.

Pelbagai jenis kimchi yang dapat dilihat sewaktu berkunjung ke Gwangjang Market di Seoul, Korea Selatan.

Kimchi lobak putih.

Kimchi timun.

Wokey! Amie kongsikan resepi Nasi Goreng Kimchi olahan dari dapur sendiri. Kalau berkunjung ke negara kimchi (Korea Selatan), boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kimchi dalam hidangan. Paling tak dapat dilupakan, dapat makan sambal ikan bilis campur dengan kimchi! Eh! Membebel pulak. Kata nak kongsi resepi Nasi Goreng Kimchi.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 cawan hirisan kimchi kobis
1 cawan isi udang segar
1 cawan jagung tin
1/2 barang lobak merah - potong dadu kecil
1 sudu besar serbuk cili
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar marjerin
garam / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Panaskan marjerin dan goreng bawang putih serta bawang besar cincang hingga kuning keemasan.
2. Masukkan lobak merah, jagung dan isi udang. Kacau beberapa kali dan biarkan seketika sehingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan serbuk cili dan hirisan kimchi. Gaul rata. Masak sehingga terbit aroma.
4. Seterusnya masukkan nasi. Gaul rata.
5.Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Nasi Goreng Kimchi habis licin semangkuk oleh 4 bujang kami. Tidak ada yang tahu ada kimchi di dalamnya. Suatu hari nanti, kalau ada di antara mereka terbaca entri ini, Mommy minta maaf ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4763

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>