Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4761

Makan Besar Tengahari

$
0
0

Hari ini tak mahu berlama-lama di dapur. Nak rehatkan diri sambil menonton drama Korea saja. Orang lain cuti Tahun Baru Cina, kita pun nak cuti juga dari masuk dapur. Tengahari tadi minta tolong Abang Farid order pizza & KFC. 15 minit kemudian abang angkat Foodpanda Abang Farid sampai depan rumah hantar KFC, dan 15 minit berikutnya abang angkatnya yang kedua datang hantar pizza pula.

Amie tambahkan:

  • kentang goreng
  • salad
  • baby carrot
  • buah epal


Pizza, regular & stuffed crust..... huurrmmm budak-budak suka yang hujungnya gemuk dipenuhi cheese!
  • Island Supreme
  • Veggie Lover
  • Beef Pepperoni
  • Cream of Mushroom Soup (FOC)

Yang di tengah hujung tu baru bangun tidur terus masuk dapur!

Sebiji pizza dipotong 6. Oleh kerana ada 3 biji, jadi Amie susun 3 jenis dalam satu pinggan. Taklah panjang tangan nak capai jauh-jauh waktu makan.

Berlaku salah faham sewaktu Abang Farid tolong order KFC. Amie minta Abang Farid order 2 kotak 3-pc Golden Butter Cereal. Jadi, nanti ada 6 ketul ayam goreng. Rupanya Abang Farid salah dengar. Yang sampai ialah Golden Butter Cereal Box Meal, yang mengandungi seketul ayam goreng, Zinger Classic, Crispier Fries & Whipped Potato dan air minuman!

Inilah ayam dua ketul yang sangat kita suka sangat tu! Tapi bila sudah ada banyak pilihan makanan, tidaklah teringin sangat nak makan, cuma ambil sedikit saja. Lagipun isi Zinger Classic sama juga, ayam goreng. Nak rasa butter cereal, makan saja dengan serdak dalam dua bekas kecil itu.

Kentang goreng dari dapur. Tuangkan Jalapeno Cheese Sauce saja di atasnya.

Pizza yang tak habis dimakan, boleh panaskan semula. Rasanya petang nanti pun macam malas nak turun ke dapur. Malas nak masak ler tu!

Gembira sangatkan orang yang suka makan lobak merah tu bila ada baby carrot dalam hidangan. Siapa peminat lobak merah d rumah ini kalau bukan Fuad!

Fairuz nampak lapar betul. Maklumlah baru balik dari menghadiri kelas tambahan!

Sekian.
Gong Xi Faa Chai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4761

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>