Peristiwa pahit manis yang pernah dilalui, apabila dikenang terasa indah belaka! Musim PKPD ini, tak mahulah rasa jiwa terpenjara dihalang oleh pagar kawat duri. Marilah bersama Amie mengutip kenangan ke Perth, Australia pada Ogos 2017. Kita kutip kenangan yang kita suka jew!
Kami sempat sambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 60 di Araluen Botanic Park, yang letaknya lebih kurang 30 kilometer di selatan Perth, di pinggir Roleystone dan terlindung di lembah Darling Ranges.
Salah satu lorong di Araluen Botanic Park. Ketika ini hujan renyai-renyai. Bayangkan, apa yang boleh kita lakukan dalam keadaan begini? Bukan selalu berkesempatan untuk datang, dan sudah tentunya kami redah sahaja tanpa berpayung! Masih kekal dalam ingatan, hari ini 31 Ogos 2017, tarikh keramat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
MAK KAU
Sewaktu rakam gambar ini, tak perasan nombor plat kenderaan ini begitu unik sekali! Apabila edit gambar untuk dijadikan entri, terpandang MAK KAU di situ.
Jom jalan-jalan ambil angin di bandar orang pencen. Katanya Perth sesuai dilawati oleh orang yang dah pencen. Betul juga tu, sebab suasananya sangatlah santai. Tak serabut dengan segala hiruk-pikuk sebagaimana kota lain.
Pemandangan bandar Perth dari Kings Park.
Berpusing-pusing sehingga menjelang senja di sekitar Perth City.
Menyusuri terusan di Mandurah.
Katanya boleh saksikan kemunculan dolphin di sini. Nampaknya keadatangan kami tak diraikan oleh dolphin di sini.... ahaks! tak adalah rezeki kami untuk melihat dolphin muncul di permukaan air.
Setiap sebuah rumah, sekurang-kurangnya ada sebuah bot!
Jom kita lawat taman bunga di Araluen Botanic Park.
Mari jamu mata dengan pemandangan bunga tulip pelbagai warna. Ada yang sudah kembang, ada yang masih kuncup. kita yang melihat pun jadi kembang kuncup...ahaks!
Ambil kesempatan rakam mana-mana kuntum tulip yang ada di depan mata. Harap kamera sporting! Jangan sampai rosak sebab terkena titisan air hujan. Sayang seribu kali sayang! Kamera tidak rosak tapi hilang di rumah sendiri sewaktu kejadian kecurian dua tahun lepas! Hai pencuri! Sampai hati kau merampok harta kesayanganku. Kami kehilangan lebih sepuluh barang apabila rumah dimasuki pencuri. Antara yang hilang termasuklah dua buah laptop (terlebih sakit hati salah satu laptop baru dibeli, belum sempat guna), 3 buah HP, gelang emas, duit dan apa lagi.... lupa-lupa ingat. Paling tak boleh Amie terima diangkutnya sekali DSLR Nikon Amie yang ada memori card di dalamnya. Dalam memori card itu sudah tentulah ada banyak gambar, dan sebahagiannya belum sempat dipindahkan ke komputer.
Inilah antara gambar-gambar kenangan hasil bidikan DSLR Nikon yang sudah jadi arwah itu.
Tulip merah kuning, warna negeri kesayanganku Selangor.
Jom kita intai kanggaro di Caversham Wildlife Park.
Kanggaro di sini tak sportinglah! Setelah kekenyangan, semuanya pakat tidur belaka. Nak bergambar dengan aksi mereka pun tak dapat. Pengunjung yang datang ke sini tak perlu beli makanan untuk kanggaroo. Makanan sudah disediakan secara percuma. Kita hulurkan saja kepada kanggaroo. Akibatnya kalau lambat sampai ke sini, hanya dapat tengok kanggaroo terbongkang beramai-ramailah gamaknya sebab pengunjung terdahulu sudah bagi makan!
Beruang koala ini comel sangat. Pengunjung sibuk ambil gambar dia. Dia relaks jew kunyah daun!
Ini yellow footed rock wallaby.
Ada farm show di sini. Jom masuk. Apa yang boleh kita saksikan?
Seorang petugas di situ sedang memilih seekor kambing biri-biri untuk dipotong bulunya dengan menggunakan mesin.
Kambing biri-biri nampak degil sangat untuk patuh arahan. Nampak sungguh petugas tadi berlawan dengan kambing biri-biri dan akhirnya dapat juga si kambing dibogelkan. Habis bulu dari kepala sampai hujung kaki dipotong! Pemotong bulu biri-biri sudah tentulah mahir dalam tugasnya, sebab tak nampak pun sebarang luka di badan kambing itu. Cuma... togellah kelihatannya.
Peminat coklat bolehlah singgah di Margaret River Chocolate Company di 317 Murray St, Perth WA 6000, Australia.
Macam-macam jenis coklat ada di sini. Cantik-cantik belaka. Harganya pun terlebih cantik juga!
Sempat beli dan makan aiskrim.
Nak terbang macam lebah!
Sampai di House of Honey baru tahu ada madu pelbagai perisa, termasuk ditambah rempah. Ingatkan rasa madu satu saja... hanya rasa madu!
Selalu hanya beli limau saja. Sekarang ambil kesempatan ambil gambar limau atas pokok.
Buah limau berguguran di bawah pokok.
Rasa macam nak capai bakul pergi kutip buah limau tu.
Rasa macam nak capai bakul pergi kutip buah limau tu.
Kiranya macam buah jambu air gugurlah kalau di tempat kita!
Kami tidak ketinggalan menempuh perjalanan menuju ke Pinnacle Desert yang letaknya di Taman Nasional Nambung lebih kurang 245 kilometer jauhnya arah utara dari Perth. Suhu sedingin 15 - 17' Celcius di Perth sudah tidak dirasai lagi ketika tiba di Pinnacle Dessert. Jangan lupa bawa payung atau kaca mata hitam. Memang panas terik!
Inilah hidangan makan tengahari kami. Fish & Chips.
Tak dapat dilupakan perangai burung-burung di sini!
Memang pantas sungguh menyerbu sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan.
Memang pantas sungguh menyerbu sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan.
Bukan sisa makanan pun, kalau pelanggang tinggalkan sesaat, memang terus jadi habuan si burung!
Amie teringin nak makan kebab. Jadi Amie beli satu bekas di Ispa Kebabs dengan harga $15.
Oleh kerana homestay kami di Thornlie berhampiran dengan restoran milik orang Turki, kami pun berulang kali datang ke sini untuk membeli pizza terutamanya pada waktu malam.
Pizza kambing $18 |
Pizza sucuklu |
Pada hari yang lain pula, Amie cuba pizza salami. Bukan apa... bila nampak perkataan 'salami' terus lupa diri nama sendiri pun Salami....ahaks! Apa lagi, bukan senang nak jumpa pizza salami halal! Amie order satu dengan harga $16.
Pizza salami |
Lama-lama pekerja dan tuan Thornlie Kebab kenal muka kami. Hari berikutnya Amie pesan pizza sucuklu. Dalam sucuklu pun ada salami juga! Amie pun tak segan-segan tanya tentang 'salami' dan akhirnya perkenalkan diri sebagai Salami...kahkahkahhh! Tuan kedai mengangkat ibu jarinya sambil berkata lebih kurang begini maksudnya : Salami ialah selamat! Sementara pekerjanya yang sedang sibuk menyiapkan topping pizza menyampuk : Salami eat salami!
Tukaran MYR ke AUD pada ketika itu 1 AUD bersamaan dengan MYR3.60. Tukar setakat untuk pegang-pegang saja kalau ada benda-benda yang berkenan di hati untuk dibeli.
Kami memborong oleh-oleh untuk keluarga dan teman-teman.
Rambang mata dibuatnya sebab cantik-cantik belaka!
Kenangan pahit 1:
Asyik belek-belek Australian Tea Towel, akhirnya terlepas beli...huhuuuu sampai rumah, rupanya lupa nak ambil! Uwaaaaa... menangis tak berlagu!
Kenangan pahit 2:
Tak sempat borong pinggan mangkuk Corelle!
Asyik belek-belek Australian Tea Towel, akhirnya terlepas beli...huhuuuu sampai rumah, rupanya lupa nak ambil! Uwaaaaa... menangis tak berlagu!
Kenangan pahit 2:
Tak sempat borong pinggan mangkuk Corelle!
Tak apa.
Kami sempat mengukir kenangan manis di bawah ini:
Memborong minyak wangi di Chemist Warehouse!
Memborong minyak wangi di Chemist Warehouse!
![]() |
Minyak wangi Salawati |
Setelah Salawati (peminat tegar Corelle) tak jadi guling-guling sebab tak jumpa Corelle idaman hati di BigW, kami shopping minyak wangi di Chemist Warehouse Cannington. Punyalah terkejut sebab harga minyak wangi yang kami perolehi jauh berbeza dengan harga yang kita beli di tempat sendiri! Apalagi, bila terjumpa minyak wangi kegemaran masing-masing kami pun tak lepas peluang untuk membelinya! Rata-rata kami setia dengan minyak wangi yang biasa kami pakai.
Amie misalnya sukakan wangian Alizabeth Arden. Jadi, rembat sajalah Sunflower, Splendor, 5th Avenue, Beauty dan sebagainya. Bayangkan harga untuk 5th Avenue 125ml setelah tolak harga asal $49.99, hanya $19.99! Splendor pula dari harga asal $29.99 dapat $12.99 sahaja untuk 125ml! Di Chemist Warehouse Cannington ini Amie tidak lepaskan peluang beli 9 botol minyak wangi termasuk untuk Encik Suami iaitu Issey Miyake dengan harga $69.99 dari harga asal $140.00. Amie hanya membayar sebanyak $243.90 dan dapat selamatkan $331.08!
Cuma... terkilan sedikit sebab Alizabeth Arden Pretty habis tak tinggal walau sebotol! Huhuhuuu... padahal minyak wangi itulah yang Amie sering gunakan!
Minyak wangi Izah & Ila. |
Apabila berkumpul di homestay, masing-masing ingin menghidu minyak wangi yang dibeli. Nampaknya semua tertarik dengan Alizabeth Arden yang Amie beli terutamanya Splendor dan Beauty! Murah sungguh... hanya $12.99! Jadi, kami cadang akan membeli lagi pada petang ini. Jadi, plan asal untuk ke Cottesloe Beach kami tolak ke tepi...hiks! Kami nak memborong minyak wangi lagi!
Kali ini pemandu kami bawa kami ke Chemist Warehouse Fremantle pula.
Minyak wangi Amie. |
Amie fikirkan, eloklah belikan Farid, Fuad dan Fairuz minyak wangi juga. Asyik beli t-shirt sahaja, sesekali tukar seleralah pula. Rupanya di sini, banyak lagi minyak wanginya!
Minyak wangi pertama Amie tanya sudah tentulah Alizabeth Arden Pretty. Alhamdulillah... dapatlah Amie rembat 3 botol! Harga asal Pretty ialah $115 untuk 100ml dan Amie dapat harga diskaun $29.99. Biasanya Amie beli Pretty di Airport Kota Kinabalu dengan harga RM245.00 bagi setiap 100ml. Kawan-kawan yang lain pun bukan main gembira dapat beli Elizabeth Arden Splendor berbotol-botol! Untuk anak-anak, Amie belikan David Beckham dengan harga $12.99 sebotol dari harga asal sebanyak $49.99 untuk 75ml.
Nampaknya, petang ini Amie hanya belanjakan $167.90 setelah mendapat potongan harga sebanyak $415.05! Berat juga beg apabila sudah ditambah botol-botol minyak wangi. Rupanya Amie beli 19 botol minyak wangi.
Tapikan.... orang tamak selalu untung!
Muka puas hati Salawati, Izah & Ila sebab dapat apa yang dihajati!
Tiba masanya untuk kami tinggalkan Perth. Air lautnya cantik dengan warna jernih hijau biru, manakala pantainya terdiri daripada tanah pasir hitam. Pemandangan begini kita tidak jumpa di negara sendiri. Pantai kita berpasir putih.
Salah satu pemandangan yang dirakam dari dalam kenderaan.
Rindu sangat dengan gang kaki travel!
Jumpa lagi!