Jumpa lagi. Agak sibuk dengan tugas hakiki. Tak siap waktu siang, bawa ke malam sampai tak sempat jenguk dapur maya. Diringkaskan cerita, setelah penat melayan tugas, masuk dapur seketika untuk layan selera pula. Dua tiga hari ini cuaca mendung. Malam hujan lebat hingga ke pagi. Cuaca pun nyaman saja hingga ke petang.
Hari ini Amie masak hidangan ala Bajau pula. Gambar di bawah ini ialah kilau atau kinilau. Sesiapa yang pernah makan umai, makanan tradisi masyarakat Melanau di Sarawak sudah tentu tidak asing dengan kilau @ kinilau makanan tradisi masyarakat Bajau di Sabah.
![]() |
Kilau @ kinilau |
Banyak perkongsian tentang masakan atau makanan tradisi Bajau yang pernah Amie paparkan. Kilau @ kinilau merupakan salah satu hidangan popular dalam masyarakat Bajau. Boleh klik blog link di bawah ini jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang kilau @ kinilau:
Hidangan tengahari kami hari ini makan nasi putih berlaukkan:
- ikan belais panggang
- sotong panggang
- kilau @ kinilau
- siput kima masak tumis
- latok
- sambal
![]() |
Ikan belais.
|
Ikan belais ini dipanggang dalam kuali ajaib.
![]() |
Latok.
|
Latok @ rumpai @ anggur laut.
![]() |
Sambal lada.
|
Sambal pencecah latok.
![]() |
Sotong panggang.
|
Sotong panggang dalam kuali ajaib.
![]() |
Kima
|
Siput kima masak tumis.
![]() |
Ikan bilis segar. |
Untuk menyediakan kilau kena gunakan ikan segar. Pelbagai jenis ikan boleh digunakan. Selain ikan, ada rakan keturunan Bajau beritahu Amie boleh gunakan udang atau sotong. Amie gunakan ikan bilis saiz besar.
![]() |
Mangga muda.
|
Bahan lain yang diperlukan ialah mangga muda.
Setakat ini belum pernah jumpa mangga setengah masak atau mangga masak di dalam kilau!
Gambar atas dan bawah ini Amie ambil dari entri lama. Selain mangga muda, bahan lain yang diperlukan termasukkan halia muda, limau kasturi dan juga cili padi. Jangan lupa garam / perasa pilihan.
Jus limau kasturi (jus limau nipis pun boleh), hendaklah disediakan dalam kuantiti yang banyak. Jus inilah yang akan 'memasak' ikan! Jika tidak ada jus limau kasturi atau limau nipis, boleh juga gunakan cuka.
Ikan yang digunakan untuk dijadikan kilau @ kinilau tidak perlu dimasak. Perlu pilih ikan segar, dan bersihkan, buang perut, sisik, kepala, tulang semuanya tu. Boleh hurus ikut saiz yang disukai.
Bahan-bahan:
- 400 gram ikan bilis segar - bersihkan - buang isi perut, kepala dan tulang serta ekor
- 2 biji mangga muda - kupas dan cincang halus
- 2 cm halia - hiris halus
- 1 labu bawang besar - hiris halus
- 7-10 biji cili padi - hiris / biarkan saja - jika hendak makan baru patahkan
- 3/4 cawan jus limau kasturi
- garam / perasa pilihan
Cara:
- Gaulkan kesemua bahan di atas.
- Biarkan seketika - antara 15-20 minit sebelum dinikmati bersama putu atau nasi.
![]() |
Kilau @ kinilau. |
Jumpa lagi.