Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Kaki Ayam Masak Kicap Yang Sangat Lembut Hingga Terlerai Kulit Dari Tulang!

$
0
0

Jumpa lagi. Hari ini cuaca mendung, dan hujan sampai ke petang. Gelap sana sini. Gambar hidangan pun tak nampak seri.... hiks! Jadi, tak payahlah dipaparkan.

Untuk menunaikan permintaan Encik Suami, Amie masakkan kaki ayam sampai lembut hingga terlerai kulit dari tulang. Encik Suami minta simpankan separuh untuk dimakan bersama mee goreng  buat sarapan esok pagi.



Sebelum ini Amie banyak kali juga kongsikan resipi Kaki Ayam Masak Kicap. Bukan masak kicap biasa-biasa, tetapi kaki ayam menjadi sangat lembut, terlerai tulang dari kulit sehingga tulangnya pun boleh dikunyah.

Satu saja pesanan kalau ada sesiapa yang ingin mencuba masakan ini : Tutup kuali sepanjang tempoh proses menggoreng kaki ayam. Biarkan sehingga tidak ada bunyi letupan atau desiran minyak gorengan. Setelah gorengan tidak berbunyi, kaki ayam menjadi garing, barulah boleh buka penutup kuali dan keluarkan kaki ayam untuk direndam!

Bukan apa, letupan minyak gorengan kaki ayam sangat panas dan akan mengotorkan dapur. Setakat kotor kita boleh bersihkan, tapi kalau merecik minyak panas ke tangan, mohon maaf banyak-banyak!

Di bawan ini Amie kongsikan entri yang lalu resipi kaki ayam masak kicap.



KAKI AYAM MASAK KICAP ( VERSI TUMIS ) Boleh tonton video memasak di bawah ini:



Amie ada dua versi masak kaki ayam ini. Dalam video di atas ialah versi tumis. Hari ini Amie masak versi rebus. Boleh klik blog link di atas cara-car masak kaki ayam versi rebus. Dua-dua cara pun sedap.
Di bawah ini Amie kongsikan resipi yang Amie masak hari ini tetapi Amie paparkan gambar lama. Kali ini Amie tambahkan minyak bijan. Sebelum ini Amie tak bubuh.

Bahan untuk Kaki Ayam Masak Kicap

1.5 kg kaki ayam - potong kuku - potong dua - bersihkan - cuci - toskan
4 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga kembang - belah 4
3/4 cawan kicap lemak manis
2 batang serai - diketuk
3 cm halia - diketuk
7 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
2 sudu besar minyak bijan 
minyak untuk menggoreng kaki ayam
garam / gula / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan kaki ayam. Tutup kuali dan biarkan ayam digoreng sehingga garing. Cara untuk mengetahui kaki ayam sudah cukup garing ialah apabila tiada lagi sebarang letupan dan bunyi gorengan hilang.



2. Angkat kaki ayam goreng dari kuali dan terus rendam dalam air sejuk selama 1 jam.
3. Pastikan air rendaman melebihi parasa kaki ayam.


Ini dia rupa kaki ayam goreng setelah 1 jam direndam. Kadang-kadang Amie rendam selama 2 jam atau lebih. Kulit kaki ayam akan menjadi kembang dan menggelembung sedikit.


4. Masukkan kaki ayam goreng bersama air rendaman ke dalam periuk.
5. Kemudian masukkan serai, halia, dan cendawan shiitake. Tak masuk cendawan pun tak apa.Nak masukkan kentang pun boleh, tapi tunggu setelah kaki ayam hampir empuk, barulah masukkan kentang. Tak bubuh pun ok saja.

 
6. Masukkan lada putih tumbuk.


7. Masukkan kicap lemak manis. Jika suka gunakan kicap pekat, bubuhlah dalam 2 -3 sudu besar.


8. Jerang di atas api besar sehingga mendidih.


9. Setelah mendidih, kecilkan api. Kalau boleh gunakan api paling kecil. Renih sehingga kuah menjadi 1/3 dari sukatan asal. Kena ambil masa untuk merenih masakan ini. Amie ambil masa selama 90 minit. 


10. Setelah kaki ayam empuk, bolehlah rasa. Kalau kurang perasa, bolehlah tambah bahan perasa seperti garam / gula/ perasa pilihan.

Hari ini Amie masak cara lain pula. 
Sebaik sahaja Amie masukkan kaki ayam goreng ke dalam bekas berisi air (periuk) Amie tidak tunggu 1-2 jam untuk rendam hingga kembang. Sebaliknya Amie terus pasang api dapur, bubuh segala bahan dan didihkan selama 10 minit, kemudian kecilkan api dan tutup periuk. Amie masak tidak sampai 90 minit. Hasilnya sama sahaja kalau direndam dahulu seperti kebiasaannya.

Apabila ditambah minyak bijan, walllaaa..... enak banget! Bukan sahaja aromanya menggoda, rasanya apalagi!

Minta maaf. Jangan tanya Amie boleh tak masak dalam periuk NOXXA supaya cepat masak / lembut dan sebagainya. Amie belum ada pengalaman masak kaki ayam kicap gunakan periuk NOXXA! Periuk NOXXA masih duduk diam-diam dalam kotak.

Kaki Ayam Masak Kicap.

Firdaus makan semangkuk tak cukup!
Seronok dia makan, Hisap-hisap saja, tarik tulangnya!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>