Selamat pagi semua. Moga sihat-sihat saja. Amie jenguk dapur sekejap saja sebab selepas ini akan menyahut panggilan majikan ke tempat kerja. Ada tugasan yang perlu dilaksanakan di sana. Sempat juga sediakan sarapan untuk Encik Suami dan Firdaus. Kelmarin Encik Suami minta Amie simpankan sedikit Kaki Ayam Masak Kicap untuk sarapan pagi ini. Katanya, hendak makan dengan mee atau me hoon goreng. Oleh kerana tidak ada mee, jadi Amie pun goreng mee hoon saja. Mee hoon itu pula Amie bahagi dua. Separuh goreng kosong dengan kicap, dan separuh lagi bubuh udang dan sotong. Mee hoon kosong itulah yang akan dimakan bersama Kaki Ayam Masak Kicap.
Mee atau mee hoon goreng dengan kaki ayam masak kicap yang dijual di warung memang menjadi pilihan pelanggan. Tidak hairanlah dalam masa yang singkat, jualan laku keras. Pelanggan yang datang lewat, selalunya gigit jari sajalah.
Tiba-tiba teringin nak buka warung Mee Kaki Ayam Masak KIcap!
Untuk mengetahui resepi Kaki Ayam Masak Kicap ini bolehlah klik di sini: KAKI AYAM MASAK KICAP YANG SANGAT LEMBUT HINGGA TERLERAI KULIT DARI TULANG!
Sarapan pagi : Mee Hoon Goreng & Burger |
Mee Hoon Goreng Kosong |
Kaki Ayam Masak Kicap |
Mee Hoon Goreng Seafood (Udang & Sotong) |
Burger roti rangup kegemaran Firdaus. Roti dipanaskan dalam air fryer. Cukuplah hidangan sarapan pagi ini untuk alas perut hingga tengahari. Mungkin Amie akan pulang lewat petang jadi bolehlah Encik Suami dan Firdaus ulang makan.