Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64.
Moga Malaysia terus aman dan makmur.
Bangun pagi tersenyum lebar melihat kiriman gambar dalam WhatsAap. Gambar ini diambil pada tahun 2019 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62. Kemudian kami berempat sempat merayap ke Brunei Darul Salam.
Senyum tambah lebar apabila Encik Suami ketuk pintu ajak sarapan pagi. Malam tadi tidur lewat sebab bergoogle meet dengan kawan-kawan. Amie minta jasa baik Abang Farid buat tutorial dengan kami berkaitan dengan perkembangan dunia IT hari ini. Kami akan aplikasikan dalam PDPR. Jadi, pagi tadi sambung tidur. Apabila turun ke dapur, sudah tersedia sarapan pagi. Encik Suami 'sediakan' dari warung.
Ada bubur nasi. Ada laksa asam. Ada nasi kuning. Ada kuih penyaram dan bingka labu.
Bubur Nasi. |
Laksa Asam. |
Kuih Penyaram. |
Nasi Kuning. |
Gambar 2020, semangat kemerdekaan di bawa hingga ke Jeti Bangau-Bangau Semporna |
Walaupun hari ini cuti, tetapi seperti biasa tetap ada tugas-tugas hakiki yang perlu diselesaikan dan dikemaskini. Kebetulan esok pagi Amie akan di'observe' secara online dari pukul 7 hingga 10 pagi, jadi hari ini Amie buat persediaan sebaik mungkin.
Jumpa lagi.
Salam Merdeka!