Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4774

Belahan Hatiku Terbang ke Sana

$
0
0

Petang ini Amie sambung kerja-kerja hakiki yang sudah pastinya akan bersambung hingga ke malam. Tiba-tiba badan rasa lemah sahaja. Panggil Encik Suami : Sudah telefon anak? Sudah sampaikah ke Kota Kinabalu?

Pukul 3 petang tadi bersama Encik Suami dan Firdaus, kami hantar Fairuz ke lapangan terbang. Fairuz djjadualkan terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada pukul 4.20 petang. Kami tdak boleh berlama-lama di lapangan terbang. 

Entahlah! Walaupun anak-anak sudah besar, sudah dewasa tetapi hati ibu tetap 'cengeng'! Sudahlah airmata! Janganlah mengalir lagi. Biarlah anak-anak berdikari. Biarlah anak-anak terbang ke sana, terbang ke sini mencari erti kehidupan ini.

Fairuz sudah sampai ke KK, kata Encik Suami.

Alhamdulillah.

Jom pergi dapur. Encik Suami beli kudap-kudapan  untuk minum petang.

 

Menu petang:

  • Teh Ais
  • Takoyaki
  • Pandan Ball
  • Peanut Waffle
Takoyaki

Peanut Waffle

Pandan Ball

Teh Ais




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4774

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>