Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Jari Mengetik Sudip Berdenting

$
0
0

Hari ini mendung sepanjang hari hingga ke petang. Langit gelap, awan kelabu. Hujan sekejap-sekejap. Kalau dapat lelapkan mata, sudah tentu boleh terbang sampai ke Bosnia Herzegovina! Boleh makan ćevapčići dan minum kopi Bosnia sambil cuci mulut dnegan rahat lokum!

Huurrmmm... darpada berangan jauh, baiklah goreng cempedak di dapur! 

Oh! Sebuah buku resipi yang dibeli secara online melalui penulisnya sendiri sudah dterima petang kelmarin. Terima kasih Novelis Afieyza Isahak atas kiriman tersebut. Buku ini baru sahaja keluar dari oven. Masih panas-panas gitu.

Amie tertarik dengan tajuknya: Jari Mengetik Sudip Berdenting!
Haaaa...  ini mesti masak masak gunakan sudip besi dengan kuali besi sampai ada bunyi TING!


Ada 40 cetusan rencah Cik Fieyza. Katanya, resipi ini bukan sahaja seindah rupa, tetapi juga seenak rasa! Buku resipi ini diterbitkan kerana Cik Fieyza ingin memperkenalkan menu-menu popular, unik dan puya rasa yang tersendiri.

Ada resipi Spaghetti Sambal Udang Petai, ada Spaghetti Masak Lemak, ada Bihun Goreng Bunga Telang, Bihun Sup Utagha dan macam-macam lagilah. Bolehlah cuba mana yang berkenan jika ada kelapangan dan yang penting ada bahan untuk diolah. 

Aahhaaaa.... Cik Fieyza selitkan pisau kupas buah  warna hijau yang comel dalam kirimannya.

Tahniah Cik Fieyza atas kelahiran buku resipi Jari Mengetik Sudu Berdenting.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>