Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4745

Hari Jadi Wak Kamil

$
0
0

Cerita petang Sabtu.
Tiba-tiba kakak ipar ajak makan-makan di kampung. Katanya nak raikan ulang tahun Wak Kamil, abang kedua dalam adik-beradik Encik Suami. Rupa-rupanya tarikh lahir Wak Kamil sama dengan tarikh hari jadi Yang di Pertua Negeri Sabah. Kebetulan waktu itu Amie menjalankan tugas di sekolah.

Oleh kerana sambutan tidak dirancang, jadi yang hadir pun mana yang ada masa sahajalah sebab masing-masing ada urusan.

Kakak ipar belanja kek untuk Wak Kamil.

Anak buah di kampung sempat buat mi kari.
SEdap sungguh air tangan anak buah!

Anak buah di bandar pula bawa nasi kuning lauk sambal ikan tuna.
Aduhai! Kita dua kali tambah makan nasi kuning!
Sedap sangat!
Kita tak sempat masak apa-apa. Encik Suami beli murtabak ayam dan murtabak daging, apam pisang & tart telur (agaknyalah)... ahaks!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4745