Selamat pagi semua.
Moga sihat-sihat sahaja.
Masak lauk apa untuk hidangan keluarga tengahari ini? Amie belum masuk dapur lagi. Amie paparkan menu Sambal Ikan Tin Dengan Petai, masakan kelmarin. Seperti biasa Amie gunakan SAMBAL TOMATO yang memang sudah sedia ada dalam simpanan. Ikan tin pula Amie gunakan Smiling Fish Fried Makerels In Chili Sauce.
![]() |
Sambal Ikan Tin Dengan Petai |
- 1 tin kecil Smiling Fish Fried Makerels In Chili Sauce.
- 1 cawan SAMBAL TOMATO
- 1 cawan isi petai
- 7 biji cili padi minyak
- 1/2 labu bawang besar cincang
- 2 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu.
- Masukkan SAMBAL TOMATO .
- Tumis seketika, dan kemudian masukkan ikan tin bersama sosnya, diikuti dengan petai dan cili padi minyak.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat, kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan sekiranya perlu.
Sambal Ikan Tin Dengan Petai |