Jumpa lagi di hari Sabtu. Nampaknya cuaca di LD mendung sahaja. Sinaran matahari pun muncul sekali-sekala. Firdaus sibuk melayan anak-anak kucingnya di luar. Sesekali berlari masuk ke dalam rumah menunjukkan gelagat anak-anak kucingnya yang dirakam dalam HP. Encik Suami pula awal pagi tadi sudah keluar dengan meinggalkan pesanan : Hari ini banyak kerja hendak diselesaikan. Tengahari tak balik.Mungkin lewat petang baru selesai kerja.
Tengahari ini tak masuk dapur. Pesan sahaja makanan melalui Foodpanda Nanti abang angkat Abang Farid hantarlah ke rumah.
Salah satu tempat kami suka pesan makanan ialah di Hot Plate Cafe Sri Perdana. Amie paling suka mi rebus dan mi bandung! Kuahnya sangat sedap. Sudahlah sedap, beli sebungkus boleh makan berdua atau bertiga. Portionnya besar!
Boleh lihat entri yang lepas tentang Hot Plate Cafe Sri Perdana di sini:
![]() |
Mi Rebus Daging Hot Plate Cafe Sri Perdana |
Bahan mi rebus : mee kuning, tauhu goreng, taugeh, telur rebus & hirisan cili hijau.
Kuahnya pula ada hirisan daging, dan nampak agak pekat.
Sedap sangat makan ketika masih panas.
Harga Mi Rebus Daging ini RM11.90 sen.
Memang puas hati makan!
Biasanya kalau tak sempat masak, sesekali kami pesan juga nasi ayam penyet di sini. Harga Nasi Ayam Penyet RM13.90 sen sebungkus.
Ini pula Nasi Ayam Penyet Premium. Agaknya sebab ada serondeng dengan telur masin kot, jadi sebut premium. Sebungkus RM15.90 sen.
Seperti biasa, ada sup kosong yang masih panas.
Kadang-kadang kami beli nasi ayam penyet sekali dengan tom yam. Pernah sekali beli tom yam daging sebungkus RM10.90 sen.
Selain Mi Rebus Daging, Amie selalu pesan Mi Bandung. Harganya pun sama dengan Mi Rebus Daging, RM11.90 sen. Sebagaimana Mi Rebus Daging, Mi Bandung ini juga sangat sedap! Itu sebabnya berulang-ulang membelinya.
![]()
Udangnya pun boleh tahan juga dari segi saiz dan bilangannya. Biasanya ada 5 ekor udang.
Untuk Firdaus, sesekali layankan menu kegemarannya iaitu Grilled Lamb Chop Black Pepper.
Satu set RM23.90 sen.
Waktu petang pula, Amie pesan cucur udang.
Satu set dengan sambal RM7.90.
Memang tak pernah tak habis, sebab Firdaus suka sangat makan cucur udang.
Amie nak padam gambar dalam galeri HP, dan ini salah satu gambar Mi Bandung sewaktu kami makan di restoran tersebut. Makan berdua dengan Encik Suami saja. Memang Encik Suami kena bantu Amie habiskan Mi Bandung sebab banyak sangat!
Encik Suami pula makan Nasi Goreng Kampung.
Nampak sedap!
Kalau dine in, boleh pilih tempat duduk sama ada makan bersila atau duduk di kerusi.