Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4747

Makan Tengahari di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

$
0
0

Firdaus ingin melihat monyet di Bukit Malawati Kuala Selangor. Sayangnya tempat tersebut ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.  Kami pun teruskan perjalanan melintasi Jambatan Sungai Kuala Selangor menghala ke Tanjung Karang. Encik Suami terus memandu sampailah ke Sekinchan.  Leka memerhatikan sawah padi nan luas terbentang, kami pun ambil keputusan masuk ke kawasan sawah padi dan seterusnya singgah di Restoran Lembah Bernam untuk makan tengahari. 

Dengarnya di Restoran Lembah Bernam ini menawarkan pelbagai makanan eksotik termasuk landak, belut, arnab dan lain-lain. Ketika kami sampai, hanya ada hidangan eksotik yang ditawarkan ketika itu hanya kari arnab dan daging rusa. Kami pilih daging arnab sahaja sebab sudah biasa makan daging rusa.


Kami makan nasi putih berlauk:
  • Asam Pedas Ikan Baung
  • Ikan Patin Masak Tempoyak'
  • Kari Arnab
  • Burung Puyuh Goreng Berempah
  • Sambal Belacan
  • Kerabu Taugeh
  • Ulam-ulaman kacang botol, pucuk gajus & green coral
  • Jus Tembikai

Kari Arnab.

Asam Pedas Ikan Baung.

Tempoyak Ikan Patin.

Ikan Puyuh Goreng Berempah.





Kami pesan dua ekor burung puyuh goreng berempah yang dihidang panas. Firdaus meratah burung puyuh dan kari arnab. 


Sebelum meninggalkan restoran, sempat rembat sebotol kecil air nira kelapa. 
Kalau tak silap harganya RM6.50 sen.

Ternampak kerepek ubi dan kerepek keladi. Beli sebungkus setiap satu.

Kerepek ubi : RM7.00 sebungkus.


Sambil menikmati pemandangan swah padi nan menghijau, sambil meneguk air nira kelapa dan mengunyah kerepek keladi.


Walaupun berada di kawasan sawh padi nan menghijau tapi tak berani untuk bergambar.
Panasnya ya ampuuunn!
Kami pun terus tinggalkan Sekinchan. 
Ada masa boleh berkunjung lagi ke Restoran Lembah Bernam di sini : Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan,, Pasir Panjang, Selangor



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4747


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>