16 November datang lagi. Usiaku menginjak lebih lanjut. Hanya tinggal baki yang sedikit dan mudah-mudahan kesempatan ini dapat dimanfaatkan untuk melakukan perkara-perkara baik sebagai bekalan menuju ke negara abadi.
Terima kasih keluarga keluarga tersayang atas ingatan di hari ulang tahunku yang semakin bersinar warna emasnya. Terima kasih Encik Suami dan Firdaus yang berusaha menyediakan hidangan di dapur untuk dinikmati bersama.
Abang Farid pula minta bantuan abang angkatnya, Foodpanda untuk hantar makanan yang dipesan. Abang Farid pilih kuetiaw sup seafood, butter prawn rice, nasi lemak dan juga minuman.
Kredit : Nasi Lemak Sweet Summer Home |
Sambutan kecil-kecilan di rumah bersama Encik Suami dan Firdaus.
Terima kasih Encik Suami dan Firdaus sambut kepulangan Mommy dengan sebiji kek yang kecil comel! |
Tidak lupa juga titipan terima kasih untuk rakan-rakan yang sudi meraikan hari ulang tahun di Pizza Hut.
Dalam kesibukan tugas, sempat juga rakan-rakan buat kejutan. Ruang makan kami dipenuhi dengan aroma durian dari kepingan durian cheese cake. Tak sanggup menahan kek di depan mata, itu dahululah kami habiskan sebelum makanan yang dipesan tiba ke meja.
Terima kasih buat rakan-rakan terbaik di dunia!
Rakan-rakan yang sentiasa bersama dalam suka dan duka, dalam gembira dan nestapa!
Dan sudah tentulah mereka merupakan teman kaki jalan yang dikenali dengan nama GJJ - Geng Jalan-Jalan!
Merakam aksi rakan-rakan yang turut memeriahkan suasana.
Maklumlah setelah sekian lama terkurung, dan apabila terlepas dari sangkar memanglah rasa gembira tak terkira.
Selamat menjamu selera (pinjam ayat Wak Warisan Petani).
Terima kasih Yatie! Yatie datang dari Kunak. Petang itu perlahan-lahan Yatie memandu ke Lahad Datu yang jaraknya lebih kurang 75KM.
Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik dan ukhuwah terus berpanjangan.
Kredit : KFC |
Hari ini 18 November 2021, ulang tahun perkahwinan kami yang ke 27. Abang Farid sekali lagi meminta bantuan abang angkatnya, Foodpanda untuk menghantar KFC sebagai hidangan tengahari ke rumah. Terima kasih Abang Farid, dan terima kasih semua anak kami, Fuad, Fairuz dan Firdaus dan tidak lupa kami sudah tambah seorang lagi ahli keluarga! Kalau dahulu berjumlah 6 orang, sekarang sudah menjadi 7!
Sekian. Coretan sempena 16 & 18 November!