Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743

Kiriman Hadiah Jute Bag Daripada Blogger Suria Amanda

$
0
0

Riang hatiku tiada terkira! Dapat kiriman hadiah jute bag yang sangat lawa. Siapa pengirimnya, cubalah teka. Tak lain tak bukan SURIA AMANDA

Dalam kesibukan mengurus pernikahan Abang Farid tempoh hari, rupanya rezeki sebagai pemenang top komentator Oktober 2021 di BLOG SURIA AMANDA berpihak kepada Amie. Alhamdulillah. Rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun bagaimana halangan yang dihadapi, ia tetap sampai menjadi milik kita.


Terima kasih yang tidak terhingga atas kiriman hadiah ini ya SA. Kak Amie terima dengan rasa gembira. Sudah tentulah kegembiraan itu berganda-ganda apabila terpampang nama Kak Amie pada poket jute bag ittu. Nampak lawa sungguh dan warnanya menyerlah apabila disangkut pada pokok dikelilingi warna hijau dedaunan.


Kiriman Flower Wreath With Leaves Colourful Jute Bag With Front Pocket ini dihantar terus dari Famsymall.com. Comel sangat jute bag ini, siap ada poket lagi. Nanti Kak Amie boleh gunakan untuk isi telekung bawa ke tempat kerja ye SA.


Terima kasih sekali lagi buat SA atas kiriman ini. Moga persahabatan maya terus berpanjangan. Kak Amie doakan SA sentiasa sihat dan terus istiqamah berbakti kepada kedua orang tua yang dikasihi iaitu Pak Zain dan Mak Pah. Dengar khabarnya Mak Pah sudah keluar dari hospital setelah menjalani rawatan di sana. Amie suka bertandang ke rumah SA untuk ikuti perkembangan SA sekeluarga. Seronok baca coretan  santai SA tentang dirinya, anak-anak buahnya dan terutama sekali sewaktu SA kongsi air tangan Pak Zain dan Mapk Pah. Sudah tentunya Amie tak akan lupa resipi masak lemak cili padi yang selalu SA kongsi.

Sekejap lagi nak ziarah Mak Pah yang telah discharged pada hari Jumaat lepas. Siapa nak ikut marilah ke sini: SURIA AMANDA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>