Oleh kerana jadual penerbangan dari KLIA ke KKIA jatuh pada waktu pagi, jadi kami mencari tempat penginapan di Sepang untuk memudahkan kami segera sampai dan terus daftar masuk. Abang Farid menjadi penaja untuk penginapan satu malam di Bell Suite @ Sunsuria City. Bell Suites ini terletak di Persiaran Sunsuria, Bandar Sunsuria, 43900 Sepang, Selangor.
Jom kita buka pintu tempat penginapan berharga RM300.00 untuk satu malam ini. Ada tiga bilik tidur dan dua buah bilik air. Kemudahan lain juga disediakan termasuk mesin basuh dan penapis air.
Assalamualaikum!
Encik Suami yang keletihan memandu terus merehatkan diri di ruang tamu.
Kita masuk ke bilik dan sempat mengintai pemandangan di luar.
Nampak hijau mendamaikan.
Jom masuk bilik utama. Mari kita pasang pendingin udara!
Nyamannya kalau dapat lelapkan mata buat seketika.
Selepas solat, Encik Suami terus tertidur.
Firdaus pula asyik merengek hendak mandi di kolam renang.
Bilik kedua.
Bilik ketiga, tempat beradu bujang Fairuz.
Bilik air.
Setiap ruangan nampak selesa, bersih dan kemas.
Budak kecil satu ini sudah tidak sabar untuk terjun dalam swimming pool!
Kredit : Google |
Akhirnya Fairuz menemani Firdaus mandi di kolam renang.
Kami semua berehat di dalam bilik.
Oleh kerana Encik Suami kata letih, kami batalkan rancangan untuk makan malam di luar. Selepas solat maghrib, kami turun ke bawah menuju ke Bell Artisan Cafe mencari alas perut.
Bell Artisan Cafe.
Ramai pelanggan menjamu selera di sini dan ada yang terpaksa berbaris di luar menunggu giliran.
Apabila tiba giliran kami untuk memesan makanan, banyaklah makanan yang sudah habis. Yang tinggal hanyalah pasta dan makanan yang ringan. Oleh kerana tidak ada pilihan lain, kami pun pesan sajalah apa yang ada.
Inilah senarai makanan dan minuman kami di Bell Artisan Cafe.
Oh! Rupanya kisah ini sudah 13 hari berlalu!
Anak-anak Alaf 21 memang suka sangatlah makan pasta.
Fairuz pula terkulat-kulat saja sewaktu makan. Nampak betul tak kenyang!
Mana nak kenyangnya sebab perut biasa lapik nasi. Malam itu hanya makan kepingan ayam turkey dengan roti dan kentang goreng saja. Sebenarnya bujang satu ini dua kali pesan makanan. Sebelumnya Fairuz makan grill fish fillet.
Paling seronok malam itu sudah tentulah budak satu ini!
Esok paginya drama airmata di KLIA sebab sedih berpisah dengan kakak barunya!